Poor Little Baby

Petang kemarin, sedang kemas-kemas red zone ni lepas hantar patient naik wad tetiba

“tolong! Tolong anak saya! Ya Allah fatih! Bangun nak! Tolong anak saya!”

Ada sorang lelaki berlari masuk sambil dukung anak dia yang masih baby dari laluan belakang EDT, yang untuk staff sahaja. Semua terpaku kejap sebelum sambut anak dia then terus bawa pergi red zone. Red alert bunyi 3 kali. Dari jauh tadi memang nampak anak dia cyanosis sudah (muka biru pucat).

Baby with no pulse and no breathing. CPR serta merta. Prepare for intubation. Hampir semua MO and HO berkumpul. Kebetulan specialist pun ada masa tu. Kau mau menyelit dalam tu pun nda dapat. Tengok dari belakang saja lah. Berjaya intubate tapi belum dapat pulse baby. Continue CPR. I’m not sure they get the pulse or not but they shock the baby using defibrilator once or twice, I’m not so sure. Tapi tidak lama lepas tu mula CPR balik. After 4o minutes the specialist ordered to stop the CPR. Nothing can be done anymore. Allah sayangkan baby tu. Can’t save him this time.

Panggil both parents. And of course the mother burst with tears. Everyone also seem down. This wasn’t the first time we face death on table. Tapi this one is too young.

History taking from parents, 3 month old baby boy, fetch from nursery. Not sure how the condition masa ambil tu sebab tidak sempat baca case note and tidak berapa dengar masa bapa dia bagi history tu. Yang sempat dengar, masa hantar dan sehari sebelum tu anak dia tiada sakit apa-apa, macam biasa saja. Bila ambil dari hari kejadian saja baru jadi macam tu.

Tapi masa dia bawa masuk pergi ETD tu memang no breathing, no pulse sudah. Nampak dari jauh pun muka baby tu memang biru sudah. Kira brought in death (BID) la.

Impression awal specialist was aspiration pneumonia which can cause by chocking while bottle feeding. Tapi belum boleh pastikan sebab untuk sahkan diagnosis perlu buat postmortem which is refused by the parents sebab kesian dengan jenazah anak. But from the appearence and history taking from parents that was the nearest impression that can be done. Dan berdasarkan kes-kes terdahulu, memang itu yang selalu terjadi.

Boleh bayang tidak perasaan ibu bapa dia. Pagi hantar anak pergi nursery, anak sihat walafiat. Tengah hari tidak sabar mahu ambil anak, tengok muka anak, main dengan anak tapi ends up dengan keadaan anak macam tu dan bila bawa pergi hospital sudah tidak dapat diselamatkan. Ya Allah hancurnya la bah hati tu kan. Sudahlah tu terdengar lagi ibu baby tu meraung “kenapa kasih tinggal ibu nak??? 5 tahun ibu tunggu fatih nak!!!” aduhai sebak.

Jadi ibu bapa sekalian, untuk anak-anak anda yang sangat berharga itu, kalau mahu hantar ke mana-mana nursery try lah cari yang terbaik, yang diyakini dan dipercayai. Lagi-lagi kalau yang masih baby tu, yang satu tahun ke bawah. Kalau boleh, janganlah hantar pergi nursery dulu. Carilah orang yang boleh kita percaya, lebih baik keluarga sendiri untuk jaga anak-anak. Sekurang-kurangnya kalau diorang jaga anak kita seorang diorang lebih fokus dan tidak terabai. Kalau hantar pergi nursery kan banyak yang diorang kena jaga jadi mesti ada yang akan tidak sengaja terlepas pandang.

Ya, itu memang sudah ajal baby tu, apa yang terjadi di nursery tu Cuma asbab saja. Tapi sekurang-kurangnya nanti kita tidak ralat, tidak terkilan bila benda tu terjadi sebab kita sudah cuba sediakan yang terbaik untuk anak kita.

Serius bila tengok saja jenazah baby tu terus kepala teringat princess-princess 3 orang dengan baby shark sorang di rumah. Terus hati pun risau. Lagi-lagi baby shark tu mama hantar pergi taska sudah. Mampu berdoa saja supaya adik-adik kesayang saya tu sentiasa dilindungi.

Kesian betul dengan parents baby tu tadi. Tapi sekurang-kurangnya baby tu sudah terjamin tempatnya di syurga nanti dan in sya Allah dia akan jadi tiket juga untuk ibu bapa dia masuk syurga. Semoga kenyataan ini dapat pujuk hati ibu bapa dia. Semoga Allah kuatkan ibu bapa dan keluarga baby tu untuk redha dengan kehilangan dia. Semoga kehilangan ini diganti dengan yang baru nanti. In sya Allah.

Al-Fatihah.

Advertisements

Bila Kau Penat….

Ada masa, rasa penat, lelah, lemas tenggelam. Masa itu tertanya diri sendiri dalam hati ‘ kenapa aku pilih jalan ini untuk masa depan aku?’

Ada masa rasa macam mahu putus asa.

Lebih lagi bila orang persoalkan semua pilihan yang kau buat, kemampuan kau. Terus kau akan terfikir lagi ‘betulkah jalan yang aku pilih? Aku layakkah untuk ada disini, buat benda ni?’

Tapi kita selalu lupa. Yang tentukan takdir hidup bukan diri sendiri semata-mata melainkan dengan kuasa dan keizinan Allah. Dengan izin NYA kita berdiri di mana kita berada sekarang. Dengan izin NYA kita lalui jalan takdir hidup kita sekarang

Kadang rasa tidak mampu. Tapi yang benarnya, diri kau lebih mampu dari yang kau fikir. Sebab Allah tidak akan duga kau lebih dari kemampuan mu. Allah maha Mengetahui. DIA tidak kejam.

Allah sayang kau, sebab itu DIA uji kau dengan susah payah. Kalau kau asyik senang memanjang kau rasa kau akan sentiasa ingat DIA kah? Jarang…jarang bila kau senang kau ingat dengan Allah, selalunya bila kau susah baru kau cari Allah minta tolong.

Sebab itu masa-masa sekarang ni, masa kau sedang berusaha capai impian kau, bina masa depan kau, Allah bagi ujian kepayahan, kesusahan. Supaya kau sentiasa bergantung pada DIA. Kuat mana pun kau usaha, tanpa izin dan redha Allah semuanya akan sia-sia nanti. Dengan kepayahan yang kau rasa sekarang, in sya Allah nanti bila kau sudah berjaya kau tidak akan mudah lupa macam mana susahnya untuk kau sampai tahap yang kau ada nanti. In sya Allah kau akan sentiasa bersyukur dengan apa yang kau ada dan jaga sebaiknya.

Jadi bila penat dengan apa yang kau sedang usahakan sekarang, rehatlah. Mengadu dengan DIA. Dalam sehari tu DIA sediakan 5 waktu untuk kau berehat dan mengadu. Kau cuma perlu sujud, mengadu pada DIA yang kau penat dan minta DIA beri kau kekuatan. In sya Allah…tanpa kau sedar, kau nanti sudah sampai pada apa yang kau tuju dan usahakan.

Ini pesan untuk aku, sebab aku pun sedang penat ni 🙂

Terima Kasih ALLAH

Assalamualaikum~~~

Selamat hari lahir wahai Nur Syafiqah binti Zulkfli.

Tahniah kerana selamat sampai pada tahun ke 22 ini.

Livin’ another day, another number of age. Alhamdulillah…terima kasih Allah untuk nafas yang masih dipinjamkan. Bertambah umur maksudnya bertambah dekat jarak kita dengan kematian dan bertambah jauh dengan masa lalu. Yang pasti bekalan saya untuk akhirat masih terlalu sikit sedangkan dosa pula tidak tahu bila mahu dihapuskan.

Tapi setiap hari bila kita dibangunkan kita masih ada peluang untuk kumpul bekalan dan bertaubat hapuskan dosa kan? Doakan saya dan saya doakan kita semua diberi kesempatan itu.

Aiseh kenapa macam serius betul cik pika hari ni? Hahahahaha

Tiada lah…hari ni dia genap 22 tahun sudah, seperti kata Syauqi, pika tua sudah! (pakcik tu wish birthday orang main send voice nyanyi lagu oi. Apa dia ingat aku nanti mampu nyanyi balik untuk dia? Aish suara bercakap pon nda best ini lagi mau nyanyi)

Ya la tua pada umur belum tentu matang lagi hakhakhak. Seriuslah saya tidak tahu bilalah saya mau matang ni. Budak-budak sangat lagi jiwa cik pika ni lahaiiii…

Tapi hari ni bukan mahu cakap pasal kematangan. Hari ni mahu bagi tahu how grateful I am with my life now.

It wasn’t perfect. My life wasn’t perfect at all. But I’m grateful with that. For this 22 years of being Nur Syafiqah binti Zulkfli, I never regret with my life.

Living with a divorced parents although it was hard at the beginning but it’s getting easier as we grow old. Can’t lie, there were few hard times but we still can endure it. And as time goes by, those hard times become memories and now we are living our live happily again. Thanks to all the love and care we get from our big family, my grandmas, grandpas, aunts, uncles, cousins and friends. They are always there when we need them and they comfort us with their love and attention.

With my life now, although I don’t have much, but I have enough for what I need. Family who love me unconditionally. Friend who stay through thick and thin. Enough food, clothes and shelter. I got my education right. My life on track. I almost achieve my ambition. What would I ask more except for Allah blessing, love and forgiveness.

Ya Allah cukup banyak nikmat MU tapi aku masih selalu lupa untuk bersyukur.

Untuk mama, pengorbanan yang tidak ada balasannya di dunia ini. Berkorban nyawa untuk melahirkan seorang Nur Syafiqah. Syurga ika, pendoa ika yang paling makbul. Walaupun mama jauh tapi ika tahu mama sentiasa ada masa ika perlu. Tiada yang mampu membalas kesakitan melahirkan dan setiap titis air susu yang mama beri. Semoga Allah berikan ganjaran untuk setiap rasa sakit mama masa mengandung dan melahirkan ika dan setiap titis susu mama dengan syurga NYA.

Untuk bapa, cinta hati pertama, yang bersusah payah untuk membahagiakan dan melengkapkan kehidupan anak-anaknya ini. Yang bertahan dengan air mata anak-anak yang merindui mama. Yang menangis dalam diam saat kami jauh dari mata. Yang menjadi pelindung, penyokong dan peminat setia anak sendiri. Untuk setiap keringat bapa yang menitis, untuk setiap rasa penat bapa, moga Allah kurniakan tempat terbaik di syurga NYA kelak.

Terima kasih wahai mama dan bapa. Tidak banyak yang kami mampu buat untuk balas semuanya. Cuma mampu jadi anak yang baik, yang menurut kata, yang menurut perintah Allah dan menjauhi larangan NYA supaya di akhirat nanti mama dan bapa tidak terbeban. Doa ika setiap kali sujud semoga mama dan bapa dimasukkan ke dalam syurga terbaik tanpa dihisab.

Tidak lupa untuk seorang lagi yang sentiasa ada, yang menjaga dari kecil. Nenek. Nenek yang yang sudah semakin lanjut usianya. Yang dulu kuat untuk menjaga dan mengurus dua budak kecil yang boleh tahan nakalnya. Yang dulu rambutnya masih banyak yang hitam dan sekarang sudah banyak yang putih. Yang membangunkan setiap pagi untuk ke sekolah dan bila pulang makanan sudah tersedia. Yang dahulunya menunggu cucu-cucu pulang dari sekolah tapi sekarang menunggu cucu-cucu pulang untuk bercuti. Terima kasih wahai nenek. Semoga nanti tempat nenek juga di syurga bersama atuk yang pergi lebih awal tanpa sempat kenal kami.

Untuk keluarga dan kawan-kawan yang lain. Terima kasih sebab hadir dan memeriahkan lagi hidup ini. Untuk sahabat-sahabat, yang dekat mahu pun jauh, yang sentiasa ada saat aku perlu, yang sama-sama bersusah untuk menuntut ilmu, yang sama-sama mencari kegembiraan, saling membuat antara satu sama lain senyum dan ketawa, yang masih mengingati walaupun sudah terpisah ribuan batu dan yang masih kekal sama walau terpisah oleh jarak dan masa. Terima kasih kalian. You guys know who you are. Untuk setiap kasih sayang yang ada, semoga semua juga menikmati hidup ini dengan gembira.

Untuk semuanya, terima kasih YA ALLAH! Terima kasih untuk hidup yang berjalan lancar sesuai dengan ketentuanMU. Hidup ini terasa cukup seadanya buat masa ini. Tidak lebih, tidak kurang. Biarlah yang lain datang kemudian nanti mengikut ketetapan MU. Aku tahu masanya akan tiba. Akan ada yang KAU kirim untuk jadi peneman sampai syurga. Sebab aku paling percaya atas setiap janji MU. Dan aku tahu buat masa ini aku belum perlu. Sebab aku masih bahagia dengan keluarga dan kawan-kawan yang KAU beri pinjam ini 🙂

Terima kasih lagi ya ALLAH.

Terima kasih ya ALLAH.

Terima kasih ya ALLAH.

Wahai Nur Syafiqah Zulkfli,

Selamat Hari Lahir!

Page 365 of 365

Assalamualaikum kawang-kawang!!!

Kamu-kamu sekalian!! Hujung tahun sudahlah!! It’s 31st of December 2017 lah!! We finally reach the last page for this 2k17 lah…

Kenapa macam cepat betul nihh!!?? Saya mau masuk 22 tahun sudah woi!! Tapi rasa macam baru semalam jawab paper last SPM (kah! penipuan paling besar. padahal kau tidak ingat pun apa paper last kau jawab pika. bio ka? atau chemist? ka fizik?)

Tapi serious la setahun ni tidak rasa pun berlalu. Pejam mata 31 disember 2016 bila buka balik sudah 31 disember 2017 (melampau hiperbola kau pika).

Apa jadi dengan anda-anda sekalian wahai kawang-kawang dalam setahun ini?

Untuk seorang cik pika ini banyak yang dia buat sepanjang tahun ui. Banyak benda ‘first time’ yang dia buat.

Masuk-masuk tahun baru saja, mula semester baru, Semester 4. Semester yang ditunggu-tunggu untuk semua Pelatih PPP seluruh Malaysia kunun (ya ka?). Ya la bah kali kan. Iyalah…sem ni lah kau dapat merasakan kebebasan daripada kuliah dan tinggal asrama sebab kami akan dibuang merata-rata untuk klinikal. Tambah lagi dapat tempat sendiri yang boleh tinggal rumah. Memang bercacak-cacak la kan tanduk tu tumbuh 😛

Okay bermulalah first time klinikal yang sebenar-benarnya klinikal berbanding sem123 dulu tu. Macam biasalahkan jumpa lebih ramai orang baru di hospital, pengalaman baru, kawan baru, crush baru eh kahkahkah indabahhhh…tapi ya jugalahhhh hahahah

Menghabiskan satu sem klinikal dan kemudiannya exam. Exam dia 4 paper saja pula tu. Jadi tersangkutlah cik pika dalam top 10 dan mendapat 4.00. Alhamdulillah. First time ui dan mungkin juga untuk yang terakhir kalinya XD.

Lepas tu cuti sem plus raya. Macam biasa lah kan raya. Tapi bila masuk kepala dua sudah umur ni raya tu kurang excited sudah rasa dia. Malas lagi adalah. Banyak woi mau buat bila kau the only grown up daughter in the house, the only kakak. Walaupun bapa ada 4 anak perempuan in the house tapi yang lagi 3 prinches-prinches tu masih sangat-sangat bawa umur untuk masuk dapur walaupun ada sorang tu sudah bercita-cita kalau dia besar nanti dia mau tolong kakak buat ketupat XD

Habis raya masuk pula semester 5. Seriously. Masa tu tidak terasa berjalan. Sedar-sedar lagi dari 3 tahun diploma ni, saya sudah sampai pada tahun terakhir. One more year to go. And that one year won’t feel long anymore.

Kalau sem 4 kena tempat sendiri, sem 5 ni pula terbuang jauuuuhhh dari rumah. Lahad Datu. Okay masih dikira dekat sebab dalam sabah. Tapi bagi exception la bah untuk budak yang tidak pernah pergi jauh dari rumah ni.

Another pertama kali. Pertama kali jauh dari rumah, pertama kali pergi Lahad Datu. Jumpa lagi ramai orang baru, orang yang baik-baik belaka. Dapat lagi ilmu yang berharga. Tidak sia-sia dibuang sampai sini guys.

Time ni jugalah dapat acah-acah jadi pelancong pergi Pulau Mabul ramai-ramai dengan classmate yang sama-sama terbuang ke sini. Tak tau tapi rasa relax betul dapat klinikal di LD ni. Relax sangat sampai result pon kelaut! hakhakhak. Ni lagi satu first time. First time dapat result bawa dari 3.70. Teruk woooo padahal masa menjawab bukan main yakin hahahah.

Tiapalah…bukan selalu dapat result macam tu kan. Sesekali harus merasai juga macam mana down nya bila result jatuh supaya tidaklah rasa bongkak riak sangat bila dapat result tinggi pula XD (padahal mau meraung masa dapat result tu kahkahkah).

Dannnn berakhirlah sudah semester 5 yang bermakna kita sudah sampai ke penghujung tahun. See? sudah cakap pun tadi kan setahun ini langsung tidak sedar berlalu dengan cepat. Dua penempatan klinikal berjaya diharungi.

Sekarang sampai penghujung tahun sudah. Setahun ini guys, saya jumpa ramai orang baik-baik, kumpul pengalaman untuk masa depan, cipta kenangan indah-indah…rasa macam tidak mau move on saja dari 2017 ni tawu. Sayang tau mau kasih tinggal tu umur 21. Rasa macam kena paksa membesar dan mematangkan diri bila masuk 22 tahun ni kahhhh.

Tapi mana boleh statik dekat tempat yang sama kan? mesti mau maju juga. Siapa tahu depan sana kita jumpa yang lebih baik, yang kita cari selama ini. Siapa tahu kan?

So marilah kita tutup buku 2017 ni dan buka buku 2018. Tutup bukan bermakna kita tutup terus, nanti-nanti bila ada masa lapang, bila rindu kita buka balik kenangan 2017 ni. In sya Allah dia sentiasa ada dalam hati dan fikiran kita selama mana kita mahu dia ada.

2018 ni tidak tahu apa lagi yang menanti. Siapa lagi yang akan datang dan pergi dari hidup kita. Apa lagi pengalam baru yang kita akan belajar. Apa lagi sejarah baru yang akan kita cipta.

Pasal azam tahun baru? Tidak payahlah tanya. Cik pika nda pernah ada azam tahun baru. Dia main buat saja apa yang dia rasa patut dan rajin kahkahhkah

Mau kuruskan badan? Hmmm…nda apalah kita terima diri kita seadanya ya pika. Asal masih sihat nih…kita maintain saja hakhakhak. Siapa tidak boleh terima diri kita yang ini takpa…biarkan dia pergi. Bukan kita kasih habis beras dia jugakan ngeeeee hahaha

So korang marilah mulakan tahun baru ini nanti dengan yang baik-baik saja. Mari cuba kejar cita-cita dan impian kita. Umur makin meningkat ni harapnya kematangan pun makin tinggi. Usaha lebih lagi untuk perbaiki diri. Harapnya cik pika pun ada kesedaran sudah yang dia tu dewasa sudah, jangan berperangai macam budak-budak lagi.

Dan! Dalam masa yang sama ni jangan lupa buat baaanyak-banyak kenangan dengan orang-orang yang kita sayang. Siapa tahu ini tahun terakhir kita berjumpa, ini tahun terakhir kita bersama. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut itu kan tidak boleh diramal. Bukanlah cakap takut ajal sampai awal, tapi siapa tahu lepas ni semua pun dibuang jauh-jauh ke sana sini untuk kerja. Jadi ini sajalah masa yang ada untuk kita cipta kenangan supaya boleh diingat bila nanti tidak mampu bersua muka lagi kan kan kan XD

Untuk semua yang kekal dari dulu hingga sekarang terima kasih. Untuk yang baru hadir dan menambahkan lagi kemeriahan hidup ini juga terima kasih 🙂

So…. semoga kita menjadi semakin baik dalam apa pun yang kita buat. Semoga kita dapat lupakan semua kekesalan kita sebelum ni dan move on untuk jadi yang lebih baik. Semoga kita temui setiap apa yang kita cari selama ini. Semoga semua urusan dan usaha kita dipermudahkan oleh NYA dan semoga kita sentiasa dilindungi serta berada dibawah kasih sayang yang Maha Esa. In sya Allah….

Keluarga dan sahabat-sahabat yang juga sudah seperti keluarga

Selamat Tahun Baru 2018!!!

🙂

 

 

From HLDU with Love

Assalamualaikum~~~

Haiyaaaa cuti sem sudahhhh! Kiyaaa!!

Hari tu kan cakap mau cerita pasal klinikal di hospital Lahad Datu (HLDU) tapi ya Allah malasnya si cik pika ini sampailah seminggu sudah cuti sem baru dia mau menaip. XD

Sudah pulang dari LD, sudah osce, sudah exam dan sudah dapat result pon! Dan resultnya sangatlah menyedehkan hakhakhak. Kita cerita pasal result next time kay. Hari ni mau cerita pasal tempat klinikal terbaik seluruh alam hakhakhak.

Ingat tidak post mula-mula masa datang sini dulu, sedeh kan…malam tu menitis tawu air mata. Memalukan! Hahahah

Tapi! Masa hari terakhir ponnnn air mata siiikit lagi mau menitis. Betul…macam mana beratnya hati datang sini dulu, berat lagi hati mau kasih tinggal hldu ni. Allah…jatuh hati betul dengan tempat ni lah…

Sumpah hldu ni tempat klinikal paling besh (best) saya pernah rasa (walaupun next sem belum rasa lagi macam mana).

Kenapa?

  1. chief-chief, m.a, kakak-kakak & abang-abang nurse, ppk, doctors and even the patients sampailah ke kakak kafe, almost all of them sangatlah baik. Disini kau diajar, dipercayai dan diperlukan. Hampir semua tempat posting kau pergi, etd, dewan bersalin, dewan bedah, klinik ortho, wad ortho, klinik kesihatan seeeemuaaaa kau akan jumpa orang baik-baik. Semua tempat kau akan jumpa staff yang suka ajar.

Bayangkan saja, 3 hari pertama di etd adalah khas untuk kau diajar pasal etd, ecg dan banyak lagi. Diorang buat macam kuliah tawu! Ada slide segala. Nampak tidak diorang sangat mahu kita jadi pelatih yang berilmu. Bukan sekadar pergi klinikal kosong-kosong. Kau akan diajar selagi kau betanya. So just ask. Ask everything that you don’t know and want to know. Kadang tu kan, ada doktor yang kau tidak perlu tanya pun, just be there while they doing the procedures and they will teach you from the beninging. Err I mean, begining.

Even pakar pon sangat generous dengan ilmu diorang tahu? Masa ikut pakar forensik buat post mortem paling best. Setiap satu organ yang dia keluarkan dia akan bagi tahu apa yang normal dan apa yang abnormal. She said “senang saja nak jadi pakar forensik. All you need to know are about the basic. You just need to know what the normal condition and then you will know where the problem come from once you found the abnormal one. It’s so simple” she said. Sangat humble punya specialist. (yang bestnya lagi bila dia puji kami lagi bagus dari student medic sebab dapat jawab setiap dia soal. Padahal dia tanya nama organ saja pon, anatomy. Tapi kau kembang semangkuk jugalah time tu XD ). Cerita pasal post mortem, ada sorang pak cik PPK post mortem yang memang berpuluh tahun sudah kerja dia potong mayat. Pak cik Amran. Pak cik ni baik, asal terjumpa saja muka-muka student mesti dia tegur bagitau nanti ada postmortem, mau ikut nda? Maka terkinja-kinjalah saya excited mau ikut. Pak cik ni terer tawuu belah-belah mayat ni. Walaupun sekadar PPK tapi kadang dia lebih campen potong dari doktor. Specialist pun minta tolong dia tau untuk buka tengkorak keluarkan otak. I tell you, ppk di LD ni terutamanya di etd campen tauuu siap boleh buat jahit-jahit luka lagi. Hari tu boleh-boleh PPK tu kasih ketawa jahitan saya sebab macam lipan hahaha memalukan tau dia lebih pandai dari saya.

But ada satu specialist yang famous di fb, Dr. Aznil Hisyam pakar radiologi. Saya rasa dia famous sebab dia kawan Dr. Dark. Atau saya dan Syauqi saja yang rasa dia famous? Hohoho syauqi yang kenalkan sebenarnya. Idola syauqi tu. Tapi best jugalah tengok post-post dia pasal medical (sebab most of his post were about politics). Syauqi suruh sampaikan salam kalau jumpa. Adalah terjumpa 3 kali rasanya, first masa jamuan raya, second and third masa bawa patient buat ultrasound. Memang mau sangat sampaikan salam syauqi tapi malu bei…tidaklah tersampai-sampai salamnya sampailah kami pulang. Sorry bruh, kawan kau nih tiada keyakinan diri. Hahahaha.

  1. You get trusted and you have a lot of chances. Ya, anda dipercayai dan diberi kebenaran untuk buat banyak prosedur. Tapi bukanlah tanpa pengawasan. Di bawah pengawasanlah. Bukan senang tau dapat staff yang setiap kalinya akan bertanya “mau buat? Buatlah”. Tapi di sini banyak yang percaya dan mau bagi kami peluang untuk buat sendiri. Dan setiap kalinya kau menawarkan diri “kak/sir mau buat boleh?” setiap kali itulah kau tidak akan kecewa.

So be brave, be confident and ask for permission. Dan kalau terbuat salah pun (salah yang kecil-kecil ya, bukan yang besar-besar yang membahayakan nyawa) jangan takut. Itu proses pembelajaran. Paling pun kau kena kasih ketawa atau diejek untuk seminggu XD (walaupun hakikatnya banyak kesalahan yang saya tidak boleh lupa yang sangatlah memalukan sampai mau hentak kepala di dinding bila teringat balik).

  1. You meet a lot of nice and warm people here. Dari staff ke patient sampailah pemandu teksi dia sangatlah baik. Kau jumpa patient yang minta nombor telefon kau, suruh kau datang rumah masa hari raya haji sebab dia tahu kau jauh dari rumah. Kau jumpa pak cik teksi yang ramah mesra dan sanggup bagi diskaun rm1 sebab dia tahu kau masih pelajar. Kau jumpa doctors and specialist yang humble and very generous with their knowledge also very kind. Staff yang kau boleh bawa bergurau, buat macam kawan but still don’t cross the line. Yang rasa macam keluarga sendiri. Bayangkan sebab kau mau makan mangga, chief dengan baju uniformnya sanggup tolong kaitkan mangga belakang klinik untuk kau. bila dipanggil “chief ada call!” dia balas “cakap kejap…kait mangga dulu!” aduhaiii…
  2. Jauh dari rumah. Ya, jauh dari keluarga, tempat yang kau tidak biasa, tiada sesiapa untuk kau bergantung. Tapi itu yang istimewahnya. Datang ramai-ramai dengan kawan-kawan di tempat asing, buat ikatan persahabatan ini makin kukuh. Tiada keluarga tempat bergantung, kau hanya ada kawan-kawan saja. Masa itu kau belajar untuk saling membantu bila ada yang memerlukan.

Kau jadi rapat dengan ramai orang. Even yang kau tidak pernah bercakap masa dalam kelas sebelum ni pun kau boleh jadi rapat.

  1. Dapat jalan tempat baru! Hohoho sebenarnya ini yang mau dicerita lebih. LD kan dekat siiiikit denagn semporna banding KK. Makanya di kesempatan ini, kami pon pergilah melancong sikit ke Pulau Mabul hohoho… nasib baik minggu sebelum itu kerja shif jadi tidaklah terikut pergi Pulau Bohey. Kalau tidak, dua pulau saya pergi XD. Mana tidak pokai selepas itu. Beshhhh pergi ramai-ramai…

Dua minggu sebelum pulang sempat lagi mandi-manda ramai-ramai di air terjun dan boleh pula termakan pujukan Pijaja pergi Tawau (geleng kepala. Keputusan tersebut dibuat pada jam 1 malam ya). Suka hati dia saja kan au pergi jauh-jauh cam tu. Nasib baik ada tour guide free XD . Yang ini tiada mendapat kebenaran Mem Besar a.k.a Mum. Sampai sudah baru membagi tahu. Memang dapat tazkirah free lah kan ngeeee XD

Banyak yang akan dirindui di sini. Staff hospital yang baik, penduduknya yang ramah, taman katak tempat jogging ramai-ramai, servay tempat shopping tiap kali gaji, nasi bajet RM3.50 yang sedap dan mengenyangkan, jeruk mangga yang sedap (lada garam jeruk mangga dia paling sedap saya pernah rasa), doktor dan juru X-ray yang hensem..eh! XD tiiiidaaabahhh

Seriously guys, tempat ni memang best! Walau jauh dari rumah, tapi saya tidak menyesal kena posting sini. Kalau diberi pilihan sekali lagi saya akan pilih HLDU lagi.

So bagi adik-adik junior yang kena posting di HLDU tu janganlah sedih betul sampai cakap diri useless bagai, siap post d fb lagi tu. Sia-siakan kena screenshoot then kena send pergi staff etd. Bagus-bagus kau boleh berposting dengan gembira di sini tapi kau tempah bala pula. Tapi tidak boleh salahkan kau sepenuhnyalah…sebab yang meng’screenshoot and then hantar pergi staff etd tu pun bukannya betul sangat. I don’t even agree with his doing. Tak betul tu. Tapi kau pun dik sepatutnya sebelum post something tu fikir dulu. Jangan ikut emosi seja. Sebab tu kedudukan otak tu atas daripada hati, mulut tangan dan sebagainya. Sebab tuhan suruh kita fikir dulu sebelum buat sesuatu. Tempat ni tidaklah teruk pun. Tidak teruk langsung dik! Malah tempat inilah saya rasa tempat klinikal terbaik untuk semester 5 ini. Believe me. You won’t regret it here. Kau patut bersyukur tahu, kau antara yang terpilih untuk pergi sini. Sebab apa? Sebab pengajar-pengajar tahu tempat ni boleh bagi kau banyak pengalaman. Kau tidak useless bila kena hantar ke sini, malah kau sangat bertuah. Kau mahu tahu? 8 orang daripada 10 orang yang dapat top 10 masa semester 4 kena hantar pergi lahad datu tahu? Yet you said you’re useless because you’re choose to be here. *sigh* Ya saya pun mula-mula tu meraung juga bila dapat tahu kena hantar sini. Memberontak juga sikit dalam hati. Tapi tidaklah terlebih emosi sampai post useless di FB. Relaks sudahlah…tidak mati pun dik kena hantar posting sana, makin sihat adalah. But it’s okay bro. People make mistake. Take it as a lesson so next time before doing or saying anything you will think first. Think deeply.

And for those who had screenshoot his post and send them to the staff, you also make a mistake. A bad one. Making someone life harder won’t make you a hero. Condemning someone before knowing his real situation won’t make you right. Yes. He was wrong. But wasn’t you? And by doing so won’t make the things get better. You have a lot of choices to make him realizes he was wrong. But then you choose to humiliate him and make the thing harder for him. I tell you, that wasn’t a wise choice. Not at all. Sometimes, we should think, think and think before doing something that could effect someone life. Tak taulah kenapa ada manusia pentingkan diri macam kau ni. Saya pun rasa geram dengan budak tu, tapi bila kau sudah buat macam ni budak tu pula yang kesian dan kau pula yang buat saya menyampah. Haiyerrr manusia…

Tengoklah…dari cerita pasal HLDU tetiba terpigi cerita kamu-kamu ni heishhh.

Tempat ni best tau sebenarnya. Tiada apa yang mahu ditakutkan. Bangga tau kena hantar klinikal di sini.

Sebab apa?

It’s a place where you learn a lot. A place where you always given a chance to try something new, something challenging. A place where you get trusted, get supported. A place where you meet a lot of kind and warm people, the generouse one, the one who always sharing their knowledge. But most of all, they make you forget about home for a while. You forget about the distances, about how much miles you have travel, they make you feel like you’re family, an old friend. You can feel the kindness everywhere.

Tempat seribu pengalaman sejuta kenangan.

Datang dengan ketidak relaan tapi pulang dengan kesedihan.

Tempat yang kau akan kenang untuk masa yang lama.

Tempat yang kau akan rindu setiap kalinya.

Dan bila kau teringat, kau akan tersenyum.

Kenapa?

Sebab kau cipta banyak kenangan indah pada tempat juga orangnya.

Indah…sangat indah.

Dan doa saya kali ini

Semoga Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pemurah, memberi ganjaran untuk setiap orang yang pernah memberi saya ilmu, mengajar saya, membantu dan mempermudahkan segala urusan saya.

Semoga Allah balas setiap jasa mereka pada saya dengan memberi mereka rezeki yang murah, permudahkan segala urusan mereka dan panjangkan umur mereka.

Dan untuk kita PPP ambilan Julai 2015,

Semoga Allah permudahkan perjalanan kita yang terakhir ini. Semoga kita diberi kekuatan untuk terus menuntut ilmu. Semoga Allah terangi hati-hati kita, kuatkan akal fikiran kita, cerdaskan minda kita untuk terus memahami dan mengingat semua ilmu yang telah kita pelajari agar dapat berkhidmat kepada manusia.

Semoga Allah jaga hati kita supaya sentiasa ikhlas dalam menuntut ilmu dan merawat orang lain.

Semoga kita sama-sama berjaya tiba di penghujungnya.

In sya Allah…

Semuanya dengan izin Allah…

RANDOM #2

The thing is, better to keep your distance with someone you can’t hold before you get used with their presence in your life.

Once you get used to it, there is no turning back. And when finally they’re gone you will lost yourself. There will be an empty part inside yourself that has gone with them.

 

 

 

 

 

 

That’s why I keep guard on my heart so it won’t get attach to anyone and that’s the safest way to avoid from getting hurt.

Dear self, Allah Yuftah Alaikum

img1499611324600

Assalamualaikum~~~

Yuhuuu~~~

Name tag biru kauuuuu~~~

Apa tandanya itu?? Tandanya sudah masuk Tahun 3 Semester 1 a.k.a Semester 5 a.k.a Final year!

Ish. Jangan happy betul tu please. Ingat sikit keberadaan diri itu di mana sekarang.

LAHAD DATU.

It’s 12.27am and I am 370km away from home.

‘Eleh…itu ja pon wahai cik pika yang sudah berumur 21 tahun’ XD

‘Masih dalam Sabah juga pun tu’

Iyalah walau masih dalam Sabah pon tapi ini pestime (first time) orang pergi sejauh ini dari rumah untuk tempoh 4 bulan tawuuuuu!

Walaupun sudah 21 tahun hidup, ini kali pertama menjejak kaki  dan menetap di tempat asing tanpa mama atau bapa di sisi tawuuuu!

Ini semua pertama kali! T_T

Selama ni dunia saya setakat KM-TUARAN-KK. Paling jauh pun pergi semenanjung dengan Indonesia itu pun sebab makan angin dan bersama dengan mum. Mana tidak meraung masa dapat tahu penempatan klinikal untuk semester lima ni dapat di Lahad Datu T_T

Sudah hampir 2 hari sampai sini pun masih belum percaya lagi kenyataan yang 4 bulan mendatang ni akan dihabiskan di sini.

Cakaplah saya anak manja, tidak kesah. Kenyataannya inilah perasaan anak yang tidak pernah kasih tinggal rumah jauh-jauh dan lama-lama. Jawapan sanggup bila kena hantar jauh dari tempat asal atau pedalaman masa temu duga dua tahun yang lalu tu semuanya dusta semata-mata. Mana sanggupnya tu? Teda…menangis lagi ada la XD

Macam manalah saya tengok budak-budak lain tu boleh relaks saja masa dapat tawaran jauh-jauh ke seberang laut lepas habis SPM tu ah? Ada yang excited lagi lupa diri. Saya ni yang cukup umur untuk mengundi sudah pun masih lagi meleleh-leleh air mata. How could you guys be so strong adik-adik?

Tapinya….

Walau jauh begini pun, walau sedih macam mana pun, walau masih tidak dapat terima kenyataan pun, masih ada kesyukuran yang terselit dalam hati.

Terasa Allah terlalu pemurah dengan kasih sayang NYA.

Kenapa?

Sebelum tu mahu pesan dengan bakal-bakal PPPP Semester 5 KSKB KK,

Bila dapat tahu penempatan klinikal kamu nanti di LD kamu boleh meraung, menangis sekejap. Tapi pastikan lepas tu kamu bersyukur.

Kenapa?

Tahu tidak Hospital Lahad Datu ini salah satu tempat klinikal yang terbaik di Sabah? Yup! It is. Berdasarkan cerita senior dan pengajar, HLDU ni lah kita akan dapat banyak belajar dan pengalaman. Sebab di sini kita selalu diberi peluang untuk buat dan belajar banyak benda yang kalau di hospital lain kita tidak dapat buat.

Tapi itu senior yang cakaplah, kami belum merasa lagi. Baru esok mahu start. Nanti lepas sebulan di Jabatan Kecemasan tu kita cerita balik hakhakhak.

Tapi berdasarkan cerita-cerita diorang tu memang HLDU tempat yang baik untuk belajar dan tidak banyak masalah yang timbul.

Jangan ingat hospital-hospital besar macam di KK tu tempat yang paling bagus untuk belajar masa student ini ya wahai adik-adik. Tempat sibuk dan crowded macam itulah lagi susah mahu belajar dan kurang peluang walaupun kes ada banyak. Berdasarkan cerita senior dan pengajar-pengajar juga, kadang tu kamu langsung tidak boleh buat prosedur dan hanya mampu jadi drip stand saja. Sebab tempat tu sibuk dan tiada yang dapat selia kamu so untuk mengelakkan sebarang kesalahan atau kecuaian perubatan it is better to prohibit you to do anything.

Jadi bila dapat di hospital yang bagus untuk belajar macam LHDU ni bersyukurlah walaupun jauh dari rumah tapi itu untuk kebaikkan sendiri juga kan? (pesannya untuk memujuk diri sendiri)

Tidak apalah sedih sekejap masa dapat tahu tu, tapi lepas tu cubalah untuk count your blessing pula bila dapat tempat yang dipuji-puji oleh senior. Senior jarang tipu tau, bila diorang cakap tempat klinikal tu bagus means bagus laitu. Kalau tidak memang macam neraka laitu hakhakhak

Lagi pun cik pika, sampai bila mahu duduk dekat dengan rumah saja? Macam katak bawa tempurung. Inilah masa mahu pergi tempat orang kan? Inilah masa untuk biasakan diri pergi jauh dari rumah kan? Apa kau ingat nanti bila kerja kau akan dapat dekat hospital Tuaran tu? (itu hospital paling dekat dengan rumah plus ada doktor hensem hakhak!). Jangan mimpilah ui…paling dekat pun akan dapat di Sarawak nun kalau tidak di seberang laut sana. Masa tu takkan masih mau menangis-nangis kan. Memang buruk betul perangai =.=

Anggap saja ini jawapan untuk doa-doa kita.

Doa yang meminta

“Beri aku dan rakan-rakan ku kekuatan untuk menghadapi perjalanan menuntut ilmu kami”

Jadi Allah beri kejauhan ini supaya kita belajar menjadi kuat berdepan dengan ujian tanpa keluarga di sisi. Hanya ada kawan-kawan yang bakal membantu.

“Permudahkanlah segala urusan kami sepanjang kami menjalankan klinikal kami agar dapat kami menyelesaikan segala tugasanyang diberikan kepada kami dan agar dapat kami memperolehi ilmu yang bermanfaat di dunia dan di akhirat”

Jadi Allah beri tempat yang baik ini, yang bakal memudahkan segala proses pembelajaran tanpa banyak halangan malah mendapat lebih lagi peluang untuk belajar pekara yang mungkin tidak dapat dipelajari di tempat lain. Walaupun tempat ini jauh dari rumah.

“terangi hati kami, kuatkanlah akal fikiran kami dan cerdaskanlah minda kami agar dapat kami memahami dan mengingati segala ilmu yang telah kami pelajari dan dapat mengamalkannya di jalan yang benar”

Jadi Allah sampaikan kita ke sini untuk bertemu dengan orang-orang yang baik, yang bakal mengajar kita pelbagai ilmu yang bermanfaat. In sya Allah. Semuanya In sya Allah.

Hari tu terfikir juga, kenapa anggap ini sebagai satu musibah padahal sebenarnya ini satu rahmat?

Memang manusia lambat menyedari setiap kebaikkan di sebalik takdir kan?

Tapi masih belum terlambat untuk ucap syukur J

Ya…ya…saya bersyukur lah ni kena hantar sejauh ini untuk menimbah ilmu XD

Terima kasih ya Puan Mas hehehe

Bersyukur juga sebab kali ni geng karas masih dapat tempat klinikal yang sama. Dapat juga buat roomate hakhakhak.

Syukur sebab tiap kali pergi klinikal memang dapat tempat yang bagus-bagus belaka, tiada masalah.

Sem lalu Hospital Tuaran staff dia memang terbaik. Senang minta ajar walaupun banyak prosedur yang tidak ada dan kes pun tiada yang luar biasa sebab hospital daerah saja. Dan dekat la pula mahu hantar pergi HQE dengan HQE2. Jadi kalau ada apa-apa kes berat memang naik ambulans teruslah.

Klinik Kesihatan Tenghilan lagi lah terbaik. Dengan doktor yang one in a million yang sangat pemurah dengan ilmu dia, dengan sister yang comel dan baik, dengan kakak-kakak SN dan JM yang baik aduh semualah bah terbaik!

Hospital Mesra Bukit Padang? Hmp nda payah lah cerita lagi. Tunggu masuk sana sendiri hahahaha enjoy dengan pesakit saja lebih XD

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” (QS Ar-Rahman : 13)

Syukur Alhamdulillah, Terima Kasih Allah untuk setiap semuanya 🙂

Saya doakan

Semoga kita semua sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah berikan

Semoga kita sentiasa mendapat yang terbaik dari Allah dan Allah maha mengetahui setiap apa yang terbaik untuk hamba NYA

Semoga kita baik-baik saja, sentiasa di bawa lindungan Allah di mana pun kita berada

Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh NYA

Semoga ilmu yang kita perolehi bermanfaat di dunia dan akhirat

In sya Allah 🙂

Wahai cik pika dan rakan-rakan PPP Julai 2015,

ALLAH yuftah alaikum

Assalamualaikum

IMG-20170708-WA0004

P/S : aish budak ni lagi, sem lalu ikut p tuaran, sem ni dia ikut p LD pulakkk. Sem depan saya p Sandakan mau ikut nda Pija? hakhakhak XD

Eid Mubarak Everyone!

Berlalu lah sudah Ramadhan sebulan berpuasa~~~

Tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembira~~~

Gembira ke? Hehhhh

Gembira la bah…kan….hmmm…sikit….hakhakhak

Tidak bei…gembira banyak bei…kali…hahaha

Sayu kan mahu kasih tinggal ramadhan tu sebab rasa sikit sangat ibadat masa ramadhan ni. Tapi yang bestnya, puasa kita cukup sebulan tahu! Tiada cuti hakhakhak (bangga)

Bukanlah tidak gembira, tapi faham jugakan bila makin bertambah umur ni makin berkurang ke’excited’an mahu beraya tu. Sebab sibuk mahu prepare itu ini, buat ketupat, isi ketupat, cuci piring gelas, isi balang kuih raya, ulang alik pergi rumah makcik di sebelah hakhakhak.(ataupun hilang excited sebab tiada sudah yang mahu ditunggu datang setiap raya XD ) Masak belum lagi ya, belum layak lagi mahu masak XD masak kuah kacang saja itu pun terlupa kasih keluar. Petang sudah baru teringat heh.

Tapi betullah yang bestnya bila berjumpa saudara mara yang lama tidak jumpa tu. Bila bersalaman, berpelukkan tu rasa sayu saja hati. Bila nenek-nenek, mak cik-mak cik cakap besar sudah si ika aduhai rindunya masa kecil-kecil dulu XD

Sekarang ni makin lama makin kurang ahli keluarga. Ada yang sudah dijemput kembali kepada Allah, ada yang tidak dapat pulang sebab kerja jauh, ada yang beraya rumah keluarga belah suami/isteri. Jadi terasa kekurangan. Tapi ada juga yang sudah bertahun tidak pulang beraya sebab belajar jauh, tahun ni dapat pulang beraya 🙂

Saya, tahun ni dengan tahun depan sajalah confirm masih beraya di rumah. Tahun selepas itu hmm…belum tahu hospital mana lagi tempat saya sambut raya TT

Pasal soalan-soalan panas yang selalu viral tu pulak….tiadalah…tiada pon soalan-soalan maut macam bila mahu kahwen tu. Sebenarnya yang viral tu perasan saja lebih, makcik-makcik ni tiada pon mahu tanya-tanya diorang macam tu hakhakhak. Paling pun diorang tanya, belajar di mana, cuti sampai bila, bila habis belajar. Alhamdulillah makcik-makcik saya semua sopan-sopan belaka jadi tiadanya soalan-soalan yang menyakitkan hati hohoho. Semua pun mendoakan yang baik-baik saja 🙂

Bagi yang banyak kesempatan tu, salinglah ziarah menziarahi, masa raya ni sajalah masa yang kita ada untuk saling bertemu. Bila sudah kerja, belajar jauh nanti sudah tiada masa untuk berjumpa. Ambillah kesempatan ni. Kita bukan tahu umur kita ni sampai mana saja hadnya kan? Selagi ada kesempatan ni pergilah 🙂

Alhamdulillah kita masih dapat meraihkan hari yang mulia ini di samping keluarga tersayang. Alhamdulillah umur kita masih dipanjangkan sampai ke saat ini. Alhamdulillah silaturahim yang ada masih erat.

Sempena hari mulia ini saya susun sempuluh jari memohon maaf atas segala silap salah, zahir dan batin.

Semoga kita masih dipertemukan dengan ramadhan dan syawal tahun hadapan in sya Allah 🙂

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Assalamualaikum 🙂