img1450451487128

apa yang membuatkan malam yang dingin menjadi semakin dingin saat kau keseorangan?

~kenangan…..

cia cia cia! hahahaha sooo cheesy mayo

Tetiba kan tengah-tengah malam macam ni fefeeling jiwang macam tu dengar gambar kaki dalam blanket lagi XD

Tak adalah…bukan apa…tapi tetiba malam ni macam banyak pula kenangan manis memalukan terbang masuk dalam memori.

How can tetiba?

img1450452322870

Sebab buku bertuah ni lah hah…my so called diary hakhaktui. Biasalahkan budak pompuan zaman 90s. 9 dalam 10 orang tuh mesti ada diari masa remaja gitu bluek.

So this kakak over here pon tak terlepas dengan zaman-zaman diari hingusan neh. Tapi budak-budak pompuan zaman 20s ni masih ada yang bela diari ke? Ke semua dah beralih ke blog macam kakak tengah buat ni atau twitter ke? Ye lah bebudak pompuan sekarang dah canggih kan. Darjah 3 dah cerita pasal couple bagai siap ada wechat, twitter, facebook, insta dan sebagainya. Manalah pandang benda sengkek macam diari kat atas tu kan hakhakhak. Yelah…diorangkan 16 tahun dah cantik macam model gitu. Eh. XD

Hah tengok terlari topik sudah…padahal tadi nak cerita pasal kenangan kan 😛

Bukanlah nak cerita pasal kenangan berat-berat…just nak imbas balik zaman-zaman hingusan dulu. Zaman tak ada arah tuju, yang tahu nak bergembira memanjang hahaha

Dalam benda alah kat atas tuh memacam kenangan tercoret. Tu yang tebal semacam. Siap ada pelbagai sampah sarap yang terselit antaranya ialah pembalut gula-gula Sugus tu. Entahlah apa yang sentimental sangat benda tuh. Diri sendiri tak paham dengan perangai diri sendiri XD

Jomlah mula dengan kenangan zaman tadika. Tak banyak pun yang ingat. Ingat sikit-sikit je kenangan manis. Sebab yang lain tu agak pahit sikit, kenangan berair mata lah kata kan. kenapa? lain kali cerita ye. malam ni nak cerita yang indah-indah saja. haktui

Masa tadika dulu kakak masuk tadika awal tau, 3 tahun dah masuk. Sebabnya bosan duk rumah sengsorang bila abang bertuah kakak tu masuk tadika. So pada suatu hari yang indah, kakak bohonglah bapa kakak. kata nak ikut hantar abang pergi tadika tapi bila sampai je kakak bukak pintu kereta dengan langkah seribu sekali masuk kelas abang kakak hahaha. Sabar je lah bapa kakak nak kena pujuk kakak balik rumah. tapi memang tak lah budak keras kepala since forever ni nak dengar cakap kan. so terpaksalah bapa kaka redha je tinggalkan kakak kat kelas abang kakak tu. nasib baik guru tadika abang kakak tu baik, bagi juga kakak duduk dalam kelas dia.

Tu baru sikit. Ada lagi kenakalan kakak. Paling kakak ingat ada satu ni, masa tu musim hujan so banyaklah lopak-lopak air kat kawasan flat guru tempat kakak tinggal tu. (lupa nak cakap dulu kakak tinggal flat guru sebab bapa kakak kerja cikgu) So one day ni kakak and the gang tanpa pengetahuan bapa kakak pergilah berkubang dalam satu lopak besar ni. Kami punya seronok tu sampai tak ingat nak balik rumah. Luckily ada satu kakak ni, murid bapa, dia tinggal asrama nama dia kakak K. Kakak K ni baik sangat dengan kakak, oleh kata dia kakak angkat kakak lah macam tu. Dia yang jumpa kitorang berkubang kat lopak tu sampai lecun satu badan. Bila dia tegur suruh balik rumah sebab dah nak maghrib barulah sedar habislah kalau balik rumah macam ni. Confirm kena marah dengan bapa dan nenek. Kakak buat muka kesian tak nak balik sebab takut. So terpaksa lah kakak K dengan kawan-kawan dia bawa kakak balik asrama diorang, mandikan kakak kat sana. Siap mandi dia balut kakak dengan tuala besar sebelum hantar pulang rumah. Memang kena marah jugalah masa sampai rumah tu tapi nasib baik ada kakak K tu tolong pujukkan nenek. Kuranglah sikit marah nenek tu hehehe. Nasib masa tu bapa kakak tak ada kat rumah, pergi surau dah. Kalau tak memang habislah. Jadi satu kerja pula kakak kena pujuk nenek supaya tak cerita kat bapa kakak pasal tu. Sampai sekarang masih ingat dengan kakak K yang sayang kat kakak yang nakal ni dulu hehehe.

Tu baru berkubang dalam lopak, belum lagi masuk kolam ikan sekolah bapa kakak yang kami dah jadikan swimming pool tu. Ya Allah kalau ingat balik masa tu memang best kakak dengan kawan-kawan anak-anak guru flat tu tangkap berudu dalam kolam. Memang tak ingat dunialah kami punya main tu. Sekolah menengah tempat  bapa kakak mengajar tu memang dah jadi taman permainan kitorang.

Murid-murid bapa hampir semua dah kenal dengan muka anak cikgu Zul ni. Belum masuk murid-murid lelaki bapa yang tinggal asrama lagi. Diorang ni lah yang selalu bapa kakak ajak datang rumah untuk ajar kitorang ABC 123. Dan diorang ni lah juga selalu jadi mangsa buli kami. Yelah nak melawan tak boleh sebab anak cikgu diorang kan. So diorang ni pasrah je lah kena smackdown oleh kakak dan abang kakak. Best tau abang-abang angkat kitorang ni, baik sangat 🙂

Hah! Ni lagi satu cerita nakal. Tapi yang ni bukan kakak yang nakal, budak lelaki tu yang nakal. Masa kakak umur 4 atau 5 tahun agaknya, kakak dah tak berapa nak ingat. Masa tu kakak tengah minum air kat dapur sekolah. Tengah-tengah minum air tu tiba-tiba ada pula sorang budak lelaki ni datang cium pipi kakak! Nasib tak tersedak air kakak masa tu. Kakak pembantu tadika ada sekali masa tu. Dia pun terkejut sampai bulat mata. Siap tolong marahkan lagi budak lelaki tu. Kakak pula tercengang je lah. Yalah budak 4 tahun kot tak tahu apa-apa lagi. Dia ingat saja kawan dia nak bergurau. Bila dah besar ni barulah sedar betapa unappropriated nya budak lelaki tu. Budak tu pula lepas je cium pipi anak dara orang dia boleh sengih-sengih dengan muka nakal dia tu sebelum melarikan diri. Aish sabar je lah. Kakak ingat lagi siapa budak tu. Tua setahun dari kakak. Agaknya dia dah tak ingat kakak dah. Yelah lepas tadika masuk sekolah rendah asing-asing. Sekarang ni tinggal kawan kat facebook macam tu jelah.

Banyak lagi cerita nakal kakak masa tadika dulu. Tapi nak tulis semua rasa macam tak cukup satu post pula kan. Biarlah yang lain simpan je dalam cik diari kat atas tu. Ada masa bila kakak teringat kakak cerita lagi.

Seronok sebenarnya bila kita singkap balik cerita zaman kecil-kecil dulu. Boleh buat kita ketawa sendiri. Kadang malu sendiri pun ada bila teringat pekara memalukan yang kita pernah buat. bukan sikit, banyak oh hahahha.

Ni nak cerita pasal zaman sekolah rendah pun rasa macam dah tak muat. Panjang sangat dah ni. Tak apa cerita zaman sekolah rendah tu kakak simpan buat next entry ya. Itu lagi panjang rasanya. Maklumlah zaman kegemilangan dan kekejaman kakak ;p

So kita sambung next entry ya korang…

Sebelum tu kakak nak bagi tahu, siapa pun yang tengah baca ni, kakak doakan yang baik-baik untuk awak ya. Semoga sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah 🙂

Assalamualaikum~~~

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s