Assalamualaikum…

Tahukan saya sedang belajar apa sekarang ni? yup! Sedang dalam proses nak menjadikan diri Penolong Pegawai Perubatan a.k.a Medical Assistant dalam kurungan M.A. Alhamdulillah…dah separuh perjalanan berjaya saya habiskan untuk nak jadi M.A yang berdaftar. Semua teori dah habis belajar. Sekarang ni tinggal nak praktikkan lagi saja. Inilah masanya, setahun setengah nak kena praktikkan semua teori yang kami dah belajar kat hospital-hospital dan klinik yang terpilih.Tapi bukan nak cerita pasal tu malam ni.

Nak cerita ni, a few days ago, ada sorang doktor ni tanya

“kenapa nak jadi M.A?”

It takes me a while before I answer him

“Nak jadi doktor tak layak. Jadi M.A je lah”

Only then I realize, I don’t really have the answer why I wanna be a Medical Assistant!

Ok. Let say I what I answered him was the truth. I choose to be a M.A because I can’t be a doctor. I have to admit years ago, when I’m still in secondary school, I have a dream to be a doctor. That was my ambition. But not to mention about other ambition that I’ve listed down in case I couldn’t make it (and I really couldn’t make it. Siapa suruh banyak main masa spm). I do have another choice in my list you know? And one of it was a lawyer. See? What my hingusan punya minda sedang fikirkan masa tu? It is not about the career, not about what the job are about. It’s all about the fame, the benefits that I could have if I get the job. Masa tu sebenarnya Cuma fikir pasal gaji, kemewahan dan jaminan masa depan saja. Tak pernah pun fikir kerja tu kena buat apa sebenarnya.

Until this one day, when I have to change the whole plan. My Plan A failed. My SPM result wasn’t that bad. I still scored 6As. But the only problem was I can’t get credit on my science subject. I almost failed for two science subject.

Itulah, dah tahu spm kan tapi masih lagi banyak main. Belajar pun bukan main last minute dia tu. Ok. Insaf sekejap masa tu. Bagi diri bertenang. Tukar plan. Segala plan yang berkaitan dengan subjek sains saya potong dari dalam list. Try apply asasi law pula. Pun tak dapat. Padahal result dah layak tu. Tapi sedapkan hati lagi, bukan rezeki. Tunggu result permohonan Maktab pula, nak jadi cikgu. Pun tak dapat. In the end apa jadi? Masuk tingkatan 6. Dapat aliran sains. Tapi orang sekeliling cakap sains tingkatan 6 ni susah nak score. Mampu ke nanti nak score? Hati mula berbolak balik lagi. Akhirnya tukar lagi aliran. Budak yang dulunya masa spm tu belajar pasal sains, pasal kimia, biologi dan fizik segala tu tiba-tiba tukar aliran masa tingkatan 6 belajar pasal ekonomi, perniagaan dan sejarah. Tak ke jauh lari subjek tu? Subjek sejarah tu boleh terima lagi, memang belajar sejarah pun kan sejak form 1. Tapi ekonomi dan pengajian perniagaan tu, asas pun tak ada! Macam mana nak score? Di sini saya dah start lost dengan cita-cita saya, dengan arah tuju hidup saya. Saya dah mula tak tahu nak jadi apa. Tiba-tiba tukar bidang. Siapa yang tak lost kan.

Tapi tahu tak? Budak ni berjaya score dalam percubaan pertama tahu? Bukan nak bangga diri, tapi tiba-tiba rasa, diri ni sebenarnya sudah lari bidang sejak dulu lagi. Patut dulu tak masuk aliran sains masa spm, terus masuk aliran ekonomi.

Baru nak yakinkan diri untuk jadi peguam, tiba-tiba tawaran temuduga separa perubatan pula datang. Ok sekarang sudah mula bercelaru nak jadi apa. Mula fikir pasal pro and cons setiap bidang.

Kalau pilih latihan separa perubatan tu keluar nanti confirm dapat kerja dan ada elaun (elaun tu paling penting nak kena mention kay hakhak). Cumanya hanya bertaraf diploma. Kalau nak sambung degree pun kena tunggu beberapa tahun lepas kerja lagi.

Kalau nak teruskan tingkatan 6 then sambung degree, keluar nanti belum tentu dapat kerja. Lepas tu yuran universiti lagi mesti mahal. Tak sampai hati pula nak susahkan parents lagi dengan bilangan adik-adik yang semakin bertambah.

Memang nampaklah kan pilihan mana yang akan saya buat. Ok pergi temuduga untuk latihan M.A ni. Tak berjaya. Masa tu punya berharap, sebab dah penat dengan tingkatan 6. Tapi tak dapat pula. Menangis jugalah sekejap. Tapi ok, pujuk diri sendiri lagi sebab result tingkatan 6 cantik. Cakap kat diri sendiri, memang perubatan bukan bidang kita.

Masuk hujung semester 2 tingkatan 6, dapat panggilan temuduga untuk Maktab pula. Ok pergi lagi dengan harapan. Belum sempat keputusan keluar, sekali lagi dapat panggilan temuduga untuk M.A . Ok mama kata tak apa. Pergi saja. Siapa tahu rezeki dan akhirnya memang rezeki di situ. Temuduga maktab tak lulus, tapi M.A lulus. So tanpa ragu-ragu tinggalkan tingkatan 6. Tapi seminggu lepas masuk kolej, tiba-tiba maktab call suruh lapor diri, kata dapat tempat untuk panggilan kedua. Mama suruh fikir nak terima ke tak. Masih sempat nak keluar kalau nak terima maktab. Saya mula keliru sekali lagi.

But finally I stay. I choose to stay right where I am. Why? Because I once lost my direction. Bila semua yang saya rancang tidak menjadi, saya hilang arah tujuan. Saya keliru. I lost my ambition. I don’t know what I want to be, what I gonna do for my future. I can’t imagine how my future will be. Everything seem so blurr. Only then I realized, I don’t really have something that I would like to do, something that I would love to do everyday for the rest of my life. I do have a dream, but I only dreamed for a perfect life, with all the luxuries and fame.

Masa tu baru saya sedar, kemewahan sesuatu pekerjaan itu bukan yang paling penting. Ya, jaminan itu penting untuk masa depan. Tapi apa yang lagi penting adalah keupayaan kita untuk menyukai apa yang bakal kita lakukan setiap hari. Apa niat kita untuk setiap yang bakal kita lakukan?

I asked myself. What I really want to do?

Saya nak jadi seseorang yang berguna, seseorang yang boleh membawa manfaat kepada orang lain. I want to help people in need. Tak kiralah macam mana bentuk bantuan itu sekali pun. Saya nak jadi seseorang yang ikhlas melakukan setiap pekerjaannya. Saya nak buat sesuatu yang boleh bantu saya di dunia dan akhirat.

Saya pilih untuk ikut kemana takdir Allah bawa saya. Well…here I am. Takdir menentukan saya untuk berada di sini, sebagai bakal Penolong Pegawai Perubatan. Ini jawapan Allah untuk doa-doa saya. Saya berhenti meminta untuk dijadikan itu dan ini. Saya mula meminta untuk dijadikan seseorang yang membawa manfaat kepada orang lain dan diri sendiri. Dan ini jawapan Allah. Ketentuannya yang datang tepat pada masa, tidak terlalu awal dan tidak pula terlambat.

That’s why if people ask me, why I choose to be a M.A, I couldn’t answer with the right answer.

I want to help people. But that answer would be too general. Banyak lagi kerja lain boleh bantu orang kan? Yup! But my destiny bring me here, so here I am.

Maybe I like to treat people

Maybe I want to cure those people in pain

Or

Maybe I just wanna be the last hope they can rely on although I know there are not much I can do to help.

But the only thing that I know is…

I am here to help people in need.

So here I am…following where my destiny bring me. And I am so grateful for everything that HE has planed for me.

I read this one in the book ‘Fragile’ by Syira Lokman.

She said

“For everything that Allah destined to happen, it comes together with hikmah”

Yup! that’s true. Because here I am counting my blessing everyday.

Just remember,

Kita merancang

Allah juga merancang

Dan perancangan Allah adalah yang sebaik-baiknya

The doctor who ask me the question then said

“Tapi sekarang M.A dah boleh sambung jadi doktor kan? Saya rasalah”

Saya angguk saja. Yup. Memang dah ada M.A yang sambung belajar jadi doktor. Tapi adakah takdir saya akan bawa saya ke peringkat tu nanti? Saya tak boleh nak kata ya walaupun niat di hati tu sentiasa ada untuk jadi yang lebih baik.

In Sya Allah, kalau diizinkan Allah saya jumpa doktor tu dengan gelaran yang lain dan saya akan jawab soalan doktor tu

“betullah apa yang doktor rasa dulu tu, memang M.A boleh sambung jadi doktor”

hakhakhak

Dan kalau masih dengan gelaran apa yang bakal saya jawat sekarang ini pun saya sudah cukup bersyukur 🙂

dan kepada awak…ya, awak yang sedang membaca ni.

siapa pun awak yang tengah baca ni, saya doakan yang baik-baik untuk awak ya. In sya Allah semua yang awak impikan bakal terjadi aminn. Semoga sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah 🙂

Assalamualaikum~~~

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s