Assalamualaikum

Hari tu janjikan mahu cerita pasal kegemilangan masa sekolah rendah saya? Ni mahu tunai janjilah ni. Padahal tiada pon yang menagih janji kan hakhakhak

Sebenarnya tidak lah dapat cerita yang detail kan, bukan ingat pun semua benda yang jadi masa tu. Adalah sikit kenangan pahit manis budak-budak masa tu.

Dulu pernah sekali pindah sekolah. Tahun satu sekolah lain, masuk tahun dua pula pindah sekolah dekat kampung halaman sebab kami  pindah balik kampung. So masa tahun satu tu tidak banyak cerita sangatlah. Yang paling ingat hah kenangan pahit kena jarum. Memang nangislah kan. Tidak ingat sudah berapa staff nurse yang tolong pegang masa tu. Tapi memang lebih dari satu. Yang sorang tu memang tidak boleh bergeraklah sebab saya peluk pinggang dia kuat. Masa tu menangis melalak tidak ingat dunia. Tapi lepas kena jarum tahu pula malu dengan kawan-kawan XD

Tu saja lah pun yang paling ingat masa tahun satu selain tiap waktu rehat ni mesti main kejar-kejar dengan budak tahun 6. Bila sudah dapat diorang habislah kena pukul. Saya sendiri tidak ingat macam mana boleh mula adegan kejar-kejar tiap-tiap waktu rehat tu.

Ok lepas tu sambung pula cerita baru masuk sekolah baru masa tahun 2. Di sinilah bermulanya zaman kegemilangan hakhakhak. Bukanlah gemilang sangat pon…setakat jadi teacher pet saja pon hakhakhak.

Kenangan paling best masa tu biasalah budak zaman 90s kan, memang ingat main aktiviti lasak sajalah kan. Mana ada benda gadjet-gadjet macam budak sekarang. Antara permainan yang saya terer dulu ni hah

  1. zero point (ini memang wajib lah kan untuk bebudak pompuan)
  2. rebut tiang (bergantung kepada reka bentuk kelas jugalah kalau ada tiang)
  3. batu seremban (batu tu bukan sembarangan batu tahu, pemilihan dibuat dengan teliti tahu)
  4. kejar-kejar+pukul budak lelaki (yang ini saya kurang berkenan sikit. makumlah dulu debab eleh sekarang pun masih debab hakhakhak  so penat oh mau lari)

Itu antara yang terkenallah. Ada banyak lagi tapi malas mahu sebut 😛

Ni mahu bagi tahu ni. Sebenarnya saya dulu jahat tahu. Kejam hahahaha. Kejam yang macam mana? Saya suka pukul budak lelaki XD. Pantang diorang buat salah sikit habislah kau masa rehat nanti kena kejar. Tambah lagi budak suka buat aduan dengan cikgu. Maklumlah teacher pet plus ketua kelas/penolong ketua kelas. Kalau tiada kertas dan pensel di tangan untuk tulis nama murid bising tidak sah. Padahal diri sendiri bising 😛 Budak-budak lelaki dalam kelas selalu tidak puas hati tau dengan saya. Memang musuh ketat lah dengan kebanyakkan budak lelaki hakhakhak

Jangan hairan bila jawatan ketua kelas/penolong ketua kelas/pengawas kelas tu memang saya yang pegang sejak tahun 2 sampailah tahun 6. Tiap tahun gilir-gilir pegang jawatan kat atas tu. Gila kuasa kan? hakhakhak Tapi memang rasa diri paling berkuasalah kat sekolah masa tu. Jarang ada budak berani lawan kalau tidak betul-betul berani sebab selalunya akan berakhir dengan kena pukul, kalau tidak kena pukul report dekat bapa hakhakhak. Yaaa saya memang kaki report tawu. Kawan-kawan lelaki semua sampai takut mau kacau sebab bapa saya bila dengan diorang garang. Siapa saja yang pernah kena sound oleh bapa saya mesti insaf terus lepas tu. Ada yang sampai menangis, dua hari tidak datang sekolah sebab takut dengan bapa hahahah padahal lepas sound dalam kereta saya dengan bapa sama-sama ketawakan budak-budak tu.

Tapi jangan ingat saya tidak pernah kena denda tahu. Teacher pet pon kena denda lah hakhakhak. Masa tu tahun 3. sedang main prank salam-salam tangan kawan terus nikahkan dia dengan kawan sekelas lain (benda ni popular tahu dulu. tidak tau lah budak zaman sekarang main lagi ke tidak prank macam ni) lepas sebut akad nikah budak-budak tu saya ajaklah satu kelas jadi saksi sahkan akad nikah bestfriend saya tu (ya bestfriend pun memang selalu kena prank dengan saya. diorang sabar ja lah XD ). Memang riuhlah satu kelas. Sedang bergumbira bergelak ketawa tidak perasan guru kelas berdiri seberang kelas saja perhatikan kami. Memang. Memang habis seluruh kelas kena berdiri atas kerusi kecuali si bestfriend yang kena prank tadi. Malu gila siot. Ketua kelas jadi ketua bising last-last jadi ketua kena denda hakhakhak

Lagi satu kejahatan saya masa tu, suka bagi orang gelaran nama haiwan. Astagfirullah memang jahatlah masa tu gelar orang tapir lah, kambing, tikus, kongkang pun ada! Tapi tidak boleh salahkan saya sebab diorang mula dulu ejek nama saya tukar jadi Sapi. Tak kan mau berdiam dirikan. Saya pun mesti mau ejek balik. Tapi kawan-kawan saya selalu tidak puas hati sebab saya ejek diorang boleh tapi bila diorang ejek saya habislah…kalau tidak kena pukul, kena report dekat bapa hakhakhak jahat kan berat sebelah.

Saya pernah tahu buat kawan lelaki saya menangis hakhakhak. Pukul jangan cakaplah, tidak tau berapa bekas tapak tangan saya dekat belakang badan diorang tu. Tampar muka pun pernah tahu! Nasib diorang tidak pernah report cikgu atau parents diorang XD

Aish kalau fikir balik sekarang ni memang geleng kepala sendiri dengan kejahatan masa lalu.

Tapi! Ada tapi dia…saya nakal pun, saya jahat macam tu pun…saya masih pelajar harapan sekolah tahu. Masih lagi tiap kali exam dapat nombor satu atau nombor dua dalam kelas. UPSR pun dulu straight A tahu….hakhakhak bukan mau bangga diri. Cuma mahu cakap dekat adik-adik…kita ni nakal-nakal juga, main tu main juga..tapi bila dalam kelas tidak bolehlah nak selalu main. Dekat kelas kenalah fokus dengan apa yang cikgu ajar. Masa main kita main, masa belajar kita kenalah belajar pula. Tidak bolehlah nak main sepanjang masa kan. Kenalah seimbangkan. Tapi jangan juga terlalu fokus dengan belajar sampai tidak ada masa mahu buat aktiviti lain.

Dan mahu bagi tahu ni, tidak salah jadi nakal sikit masa muda remaja ni tau. Kita nakal bukan buat benda jahat, maksud saya nakal sesama kawan-kawan saling bergurau dan bermain. Sebab benda-benda nakal yang kita buat dengan kawan-kawan ni lah yang akan kita kenang tau, yang akan buat kita senyum sendiri dan gelengkan kepala bila sudah dewasa nanti. Masa tu lah kita akan kata kata ‘kenapalah aku buat benda bodoh tu dulu?’. Tapi percayalah rasa menyesal tidak akan timbul pun. Sebab kita tahu, masa tu kita seronok, kita gembira.

So adik-adik di luar sana, belum terlambat untuk cipta kenangan. Ini baru kenangan masa sekolah rendah. Masa masih panjang untuk cipta kenangan di sekolah menengah.

Sekolah menengah jangan cakaplah kenangan dia kan. Masa tu lah semua benda ‘first time’ terjadi. Masa itulah macam-macam benda baru kita kenal. Masa itulah nakal peringkat paling tinggi saya rasa saya pernah jadi.

Next time ada masa saya sambung cerita pasal kenangan sekolah menengah pula 🙂

Dan kepada kamu…ya, kamu yang sedang membaca ni.

Siapa pun kamu yang tengah baca ni, saya doakan yang baik-baik untuk kamu ya. In sya Allah semoga semua kenangan yang kamu cipta indah-indah belaka. Semoga sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah 🙂

Assalamualaikum~~~

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s