Assalamualaikum~~

Semalam hari terakhir ber’klinikal di Hospital Tuaran. Sebenarnya patut seminggu yang lalu lagi habis sudah klinikal tapiiiii memang sadis la bah kan masa-masa penting begini jugalah mau kena chicken pox tu kan. Masa-masa sedang cuti-cuti Malaysia tu tidak pula tu penyakit mahu datang T_T

Jadi terpaksalah m.c seminggu. Itu pun nasib baik hari keenam tu pustul semua kering sudah. Kalau m.c lebih lagi memang meraunglah saya kan terpaksa tangguh semester sobsobsob.Dan nasib baik jugalah ada cuti mid sem seminggu jadi dapatlah ganti hours yang saya m.c tu. Kalau tidak memang tidak siaplah buku log nakkk T_T

Jadinya kawan-kawan lain gumbira-gumbira bercuti-cuti Sabah saya tinggal satu orang sambung klinikal hukhukhuk

Tapi it’s okay bah sebab saya percaya dalam setiap pekara yang terjadi itu mesti ada hikmah dia kan? Jadi percaya dan yakin saja dengan setiap ketentuan takdir Allah. Mesti ada sesuatu yang terbaik untuk kita 😉

Klinikal satu orang sepanjang seminggu tu. Bukan tidak biasa satu orang. Selalu juga. Cumanya yang selalu tu kerja shif petang, jadi kerja pun tidak banyak sebab waktu petang sampai jam 9 malam tu wad memang tidak sibuklah kecuali wad penuh atau ada banyak kes blood transfusion.

Tapi minggu ni terpaksa kerja shif pagi satu orang. Memang penat dia tu lebih sikitlah kan. Selalunya berdua jadi dapatlah bahagi-bahagi kerja dengan kawan tu. Tapi tidak kesah pun penat sebenarnya. Penat yang berbaloi sebab rasa puas hati saja bila dapat tolong ringankan tugas kakak-kakak staff nurse(SN),  jururawat masyarakat (JM) dan penolong perawat kesihatan(PPK) walaupun kerja yang saya tolong tu remeh temeh saja pun sebenarnya.

Dalam seminggu ni jugalah dapat rasa bonding tu lebih sikit dengan kakak-kakak SN, JM, PPK dan Sister. Sampaikan bila masa pulang kemarin tu, masa salam-salam dengan kakak-kakak tu semua sebak pula hati kita ni XD hahaha. Bila kakak-kakak semua peluk kita ketat-ketat kan lepas tu bagi pesanan baik-baik belajar semoga nanti datang balik kerja dengan diorang rasa macam kena sayang betul ni. Rasa dihargai bila diorang ucap terima kasih sebab banyak tolong padahal saya tolong benda yang kecil-kecil saja, yang senang-senang saja.

Saya yang patut ucap terima kasih sebab diorang banyak ajar saya, banyak tolong saya yang sangatlah banyak kekurangan ilmu ni, yang datang dengan tangan dan otak yang agak kosong (sebab teori yang belajar dalam kelas tu entah hilang pergi mana masa cuti sem XD ). Dengan sister yang sangatlah berilmu, yang tidak kedekut dengan ilmu yang dia ada dan sentiasa ada masa untuk berkongsi dengan kami.

Memang staf-staf Female Ward/Wad Kenanga 2A Hospital Tuaran terbaiklah! Walau dulu masa mula-mula masuk wad tu ada takut-takut sikit sebab kawan-kawan yang bekas klinikal sana ada warning sikit staff mana yang ok dan staff mana yang kurang ok. Kalau dengar saja dari orang memang macam-macam andaian lah yang kita boleh buat kan? Tapi bila saya sudah kenal orang yang diorang cakap kurang ok tu 100% persepsi saya berubah. Saya tidak nampak pun mana yang diorang cakap tidak ok tu. Malah yang tidak ok itulah yang suka mengajar sebenarnya, yang tidak ok itulah pula yang saya rapat dan bila hari terakhir dialah yang peluk saya paling erat :’)

Betullah kan, kita tidak boleh nilai orang berdasarkan apa yang orang lain cakap and of course never judge the book by its cover.

Selama dua bulan klinikal di Hospital Tuaran memang banyak bendalah yang saya belajar kan. Bukan setakat belajar pasal medical tapi lebih dari itu. Saya belajar pasal nilai kehidupan. Saya belajar untuk bersyukur, untuk sabar dan untuk sentiasa ikhlas.

Saya belajar bersyukur bila dapat lihat berapa ramai yang menderita pelbagai penyakit, yang hilang keupayaan diri, yang terpaksa bergantung dengan pelbagai bantuan perubatan untuk terus hidup. Dapat tengok betapa susahnya untuk mereka meneruskan hidup dalam keadaan sakit tu buat saya bersyukur sebab Allah kurniakan kesihatan, tubuh badan dan akal yang sempurna untuk saya. Dan bila tiba masa saya diuji dengan sedikit kesakitan saya mampu bersabar sebab saya tahu yang saya hadapi itu tidak setanding pun dengan yang pesakit-pesakit di wad itu sedang hadapi. Walaupun kadang ada yang mengeluh cakap mereka itu hanya menyusahkan orang lain, lebih baik mereka mati daripada hidup dalam kesakitan begitu. Masa tu memang terkedu juga sekejap, tidak tahu mahu cakap apa sebab saya bukan doktor yang boleh bagi jaminan akan ada peluang untuk mereka sembuh. Akhirnya apa yang mampu saya buat, pegang tangan mereka, senyum dan cakap

“jangan cakap macam tu, tidak baik. Banyakkan bersabar ya”

Ya..sabar. Senang diucapkan? Tapi paling susah untuk dibuat. Ini jugalah yang saya belajar dari kakak-kakak SN di wad ni. Betapa sabarnya diorang melayan karenah pesakit yang kadang-kadang boleh tahan mengadanya. Diorang yang masih menjalankan tugas dengan senyuman di bibir walau banyak kali kesabaran dicabar oleh pesakit. Kadang tu bukan pesakit yang menduga sabar, ahli keluarga pesakit pula yang lebih. Mahu itu, mahu ini, tidak mahu itu, tolak yang ini. Macam diorang yang doktor, sebab lebih tahu dari staff di wad. Tapi demi tugas kan, kakak-kakak SN tu layankan juga semua permintaan diorang kecuali yang diluar kemampuan diorang la kan.

Tapi ada satu benda yang paling best saya rasa sepanjang klinikal ni. Bila kita sudah penat dengan peluh yang laju saja mengalir di dahi lepas tolong pesakit yang tidak berkemampuan sudah untuk mandi atas katil sekali dengan tukarkan cadar semua atau lepas tolong cuci luka pesakit atau yang paling senang sekali pun tolong ambil observation pesakit, lepas tu diorang ucap terima kasih sungguh-sungguh dengan senyuman zapp! Hilang terus penat kita tu. That magic words ‘terima kasih’ memang sangat membantu. Paling best lagi bila kita bagi tahu pesakit yang diorang sudah boleh keluar wad, senyuman gembira diorang tu adui kita pun boleh terikut senyum sekali. Kalau yang mak cik-mak cik lagi ni, ada yang dia ambil tangan kita, dia genggam mesra sambil ucap terima kasih banyak-banyak sebab tolong jaga dia sampai sihat. Masa tu lah hilang segala penat kita seharian. Rasa dihargai betul walaupun bukan kita yang rawat dia sampai sembuh, doktor yang rawat dia dengan izin Allah. Saya ni setakat tolong yang senang-senang saja tapi dia punya terima kasih sama kita tu bikin terharu betul. Buat kita tersenyum saja sepanjang hari.

Dari ucapan terima kasih itu jugalah yang mendatangkan ikhlas dalam hati kita setiap kali attend pesakit. Walaupun ikhlas tu tidak boleh disebut di mulut sebab bila sebut sudah jadi tidak ikhlas kan. Tapi betul tahu, bila ada yang menghargai kita, semua kerja yang kita buat tu rasa macam senang saja, kadang menyeronokkan lagi. Buat kita sentiasa mahu tersenyum bila sapa pesakit. Memang salah besarlah siapa yang cakap saya jarang senyum tu. Cuba tengok bila saya dengan pesakit, saya senyum memanjang tahu? Hakhakhak lebih-lebih lagi bila ada pesakit yang suka bawa kita bergurau walaupun dia sebenarnya in pain. Dia tahu kita penat seharian jadi dia pula yang hiburkan hati kita. Mak cik-mak cik yang macam ni lah yang selalu buat saya rindu bila diorang sudah keluar wad.Dan pesakit-pesakit macam ni jugalah yang buat saya bersemangat untuk datang kerja pada keesokkan harinya. Rasa macam mahu cepat-cepat datang wad tu kan, mahu tanya khabar diorang, mahu tengok senyuman diorang dan paling penting berharap yang diorang semakin sembuh.

Masa dua bulan yang berlalu tu terasa laju saja. Sedar-sedar sudah sampai hari terakhir di wad.Tapi dalam dua bulan tu memang banyak yang saya dapat. Bukan sekadar ilmu tapi pengajaran hidup dan kawan-kawan baru. Ramai orang-orang baik yang saya jumpa yang susah untuk dilupakan. Bukan setakat staff hospital tapi pesakit pun sama. Orang-orang inilah yang buat saya berterima kasih sangat sebab banyak ajar saya pekara baru. Allah saja yang dapat balas jasa mereka. Semoga mereka-mereka ini sentiasa dirahmati Allah, diberikan kesihatan tubuh badan, murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Dalam hati tu kan memang berharap betul suatu hari nanti bila sudah kerja, dapat datang balik pergi hospital Tuaran ni, kerja dengan diorang semua ni. Tapi itu harapan sajalah kan, mana kita tahu masa depan hakhakhak. (Tapi please lah tolong doakan saya dapat kerja di sini nanti XD )

Dan kepada kamu-kamu yang sedang membaca ini…ya kamu (kalau ada lah..sebab saya tahu selalunya tiada XD )

Siapa pun kamu yang tengah baca ni, saya doakan yang baik-baik untuk kamu ya. In sya Allah semoga kita semua mendapat ilmu yang bermanfaat dan pengajaran serta pengalaman yang baik. Semoga sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah 🙂

Assalamualaikum 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s