Assalamualaikum~~~

How was your day?

Tetiba kan tanya. Saja tanya sebab my day seem like not so good. Hari Jumaat yang mulia ini bermula dengan baik sebenarnya. Baiklah juga bila hari ni dapat lengkapkan satu prosedur teras, pemberian imunisasi pada bayi.Iya…yang jarum baby tu.

Hujung minggu ketiga sudah ah barulah berkakai membuat ah. Case study pon sama. Hujung minggu ketiga ni barulah siap itu pun satu saja! Lagi satu hmp. Memang berkakailah minggu depan kan. Itulah cik pika suka betul tangguh-tangguh buat kerja.

Ok. Selesai satu prosedur teras. Ingat bolehlah relax sikit. Tapi tidak ya rakan-rakan. Hari ni ada discussion dengan Dr. Hariz pasal ECG. Ya doktor tersebut. Yang saya cakap dalam entry lepas. Doktor yang sangatlah suka mengajar dan selalu cuba untuk dielak oleh kami sebab takut kena soal hakhakhak. Tidak bah… doktor ni sangat bagus tahu. Susah mahu jumpa doktor yang suka mengajar walaupun kami ni setakat pelatih PPP. Kalau doktor lain ingat ada masa untuk panggil student bawa berbincang dan ajar macam ni? Jarang kay…bukan tiada, mungkin yang kami jumpa sebelum ni sibuk dengan tugas masing-masing. Never mind, kami faham. Tapi once bila kau dapat jumpa dengan doktor macam doktor Hariz ni kau patut bersyukur tahu walaupun kadang tu rasa macam mau lari saja sebab tidak tahan kena soal XD . So masa ni lah kena ambil peluang belajar dan bertanya banyak-banyak. Walaupun hakikatnya kami selalu melarikan diri sebab takut kena soal dan selalu mengeluh bila doktor panggil buat discussion hakhakhak. Jangan contohi saya ya rakan-rakan. Perangai yang sangatlah buruk XD

(p/s makaseh banyak doktor sebab banyak ajar kami XD )

Sebenarnya kemarin sudah kena panggil buat ECG. Ok. Saya buatlah dengan bantuan kawan-kawan lain. Lepas tu doktor bagi kertas ECG tu suruh bawa balik letak bawa bantal atau rebus terus minum air dia hakhakhak. Doktor suruh interpret sebenarnya. Tapi serius memang dia ada cakap bawa balik letak bawa bantal tu kay XD

Doktor suruh baca pasal ECG lepas tu dia mahu tanya hari ni. Dari minggu lalu lagi sebenarnya dia suruh baca. Tapi memang tidaklah kan mahu baca awal-awal. Nanti lupa bah hahaha Tidak bah…sibuk bei buat case study sepanjang minggu ini. Nasiblah doktor tiada dari isnin sampai rabu hohoho

Oklah…dalam jam 3 petang macam tu doktor call suruh naik atas. Naiklah kami dengan kelajuan yang agak sama dengan kura-kura. Sampai depan bilik sempat lagi tu bertarik-tarik mahu masuk bilik doktor.

Ok perbincangan bermula. Tapi malangnya (kunu) tetiba ada case so perbincangan ditunda ke minggu hadapan ­čśŽ aiseh muka sedih. padahal suka hakhakhak tidak bei…rasa rugi jugalah sebab kalau dapat belajar ECG minggu ni dengan doktor mungkin minggu depan boleh bincang case lain. Sudahlah minggu depan last sudah di sini.

Jadi di manakah part ‘my day seem like not so good’ tersebut? Semuanya bermula apabila kami naik ke prosedur room sebab mahu tengok ada satu case ni. Tidak pasti diagnosa aunty tu tadi sebab tidak sempat tengok dokumen dia dan tidaklah pula menanya kan. Cuma hasil tanya-tanya dengan relative aunty tu dia cakap tiba-tiba aunty tu tidak dapat bercakap, cuma dapat menggumam saja. Tanya lagi ada hpt ka? relatives dia cakap ada.

Masa datang tu SN┬ásedang pasang IV line and run nomal saline. Lepas tu aunty tu ┬ámahu pergi tandas tapi takut nanti collapse. Ok doktor(bukan doktor Hariz ya. Ada sorang lagi doktor Syarah nama dia) dan SN decide mahu pasang CBD. Sebab kami sibuk-sibuk di sana kan so diorang tanyalah mahu buat tidak? Ok mahulah kan…sudah kena tanya tak kan mahu cakap tidak. Ok kawan saya, Ellys buat dan saya assist.

Ok bermula dengan slow sebab cari peralatan semua tidak tahu di mana. Maklumlah setting baru walaupun sebenarnya 3 minggu sudah sini. Tapi jarang naik OPD kan, sibuk melengkapkan prosedur d KKIA. Sempat lagi tu kena sindir lain kali rajin-rajinlah naik OPD. Ok baiklah.

Memang kucar-kacirlah tadi bila kena push suruh cepatkan. Dengan saya lagi yang kurang confident dan sangatlah lambat@lembab   . Walaupun bukan pertama kali tapi bila panik tu hmp semua benda pun kau lupa. Memang banyak lah kan kesalahan masa buat tu bila asyik kena tegur itu ini salah. Terus kau tetiba pandai jadi blank. Rasa macam semua pun tidak tahu buat. Itu baru assist tu, belum lagi kena suruh buat semua. Memang terserlah kebodohan, kelembapan dan kebingungan saya sana masa tu. Tahap rendah diri tu rasanya sampai paras tapak kaki sudah, kalau boleh masuk dalam tanah lagi.

Habislah kena cakap oleh para staff. Student yang tidak kompeten, lembap…hmm…terima sajalah…saya mengaku juga. Memang dari hari tu lagi saya kena cakap lambat.

Maaf lah ya kakak staff nurse. Saya memang bukan yang jenis cepat dan cekap. Saya buat kerja mesti dalam keadaan tenang dan teratur. Kalau yang kelam kabut tu memang saya boleh lost.

Jadi macam manalah tu mahu kerja di emergency nanti? Deng! Tetiba terfikir sesuai kah saya dalam bidang ni? Boleh kah saya buat kerja nanti? Nah mula sudah rasa was-was tu hadir. Memang syaitonirrojim betullah kan yang menghasut untuk menduga takdir Allah tu.

Memang tadi rasa down betullah. Rasa teramat bodoh dan lembap dihadapan dorang bila assist pasang CDB pun fail. Ellys pun sama rasa down hahaha. Balik rumah terus meluahkan rasa tidak puas hati tu. Sampai sanggup meredah hujan jalan masuk dalam kampung orang untuk kasih tenang tu perasaan XD

Balik-balik tu soalan ‘betul kah apa yang saya pilih ni?’ berlegar-legar di kepala. Saya salah pilih bidang ka ni?

Haip! no. Cepat-cepat padam balik semua persoalan.

Berhenti persoalkan takdir. Saya ada di sini sebab sudah tertulis sejak awal ini takdir untuk saya. Allah aturkan sebegini indah perjalanan hidup untuk saya. Jadi kenapa mahu persoalkan. Allah tahu yang terbaik untuk setiap ciptaannya. Makanya sebab itu saya di sini dan bukannya di Kuala Lipis sana untuk menjadi seorang cikgu.

Mungkin kejadian hari ini satu pengajaran. A lesson to be a better person. Pengajaran untuk memperbaiki diri. Mungkin Allah nampak hamba NYA yang seorang ini selalu pandang remeh orang lain, selalu anggap diri lebih bagus dari orang lain makanya DIA beri peringatan untuk sedarkan diri sikit. Sedar yang diri ini tidak sempurna, banyak kekurangan maka perlu banyak belajar lagi dan jangan pernah pandang rendah pada orang lain. Jangan perasan bagus wahai cik pika sedangkan semua yang kita ada ini pinjaman dan hanya hak mutlak DIA yang SATU.

Ini pengajaran. Pengajaran supaya tidak pandang rendah pada orang lain lagi. Pengajaran supaya sentiasa memperbaiki diri sebab kita manusia tidak sempurna.

Mungkin juga ini ujian dari Allah. Ujian untuk lihat kita bersyukur atau tidak dengan segala pinjaman NYA. Bukannya membangga diri dan pandang rendah orang lain. Ingat cik pika semua yang kita ada, kita dapat sekarang ni semuanya dengan izin Allah. Tiada satu pun milik mutlak kita.

Barulah sedar yang diri ini serba kekurangan. Ilmu yang ada ni sangatlah sedikit, seciput betul. Baru sedar otak ni masih kosong sebenarnya, banyak lagi mahu belajar. Aduhai…tiba-tiba rasa diri tidak layak. Macam mana mahu kerja rawat orang nanti!? T_T

Habislah.

Makanya….belajar please cik pika. Serious guy. Pointer tinggi bukan pengukur kemahiran kau. Bagus atas kertas tidak semestinya kau akan bagus juga bila buat praktikal. Pointer is just a pointer guys bila kau hanya bangus masa exam tapi kau lupa segalanya bila mula praktikal. Useless. Macam tu lah saya rasa sekarang.

So jangan pandang rendah dengan orang yang pointer rendah. Sebab tidak mustahil diorang lagi bagus dari kau dalam praktikal. Mungkin diorang tidak dapat tulis apa yang diorang faham di atas kertas. Tapi diorang boleh praktikkan semua yang diorang belajar dalam keadaan sebenar.

Dan jangan pernah rasa cukup dengan ilmu yang kau ada. Sebab semakin banyak kau belajar semakin banyak yang kau tidak tahu sebenarnya. Sebab kau akan explore pekara baru. Hidup ni proses pembelajaran sepanjang hayat. Jadi ilmu tu tidak akan pernah cukup.

Saya cakap bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri. Ini peringatan untuk diri sendiri. Sebab saya sedar diri sendiri masih banyak kekurangan. Cumanya kesedaran mahu belajar tu pandai menghilangkan kan hakhakhak Jangan contohi  perangai buruk ini guys.

Ambil yang positif saja. Yang negatif tu abaikan ­čśŤ

Jadi saya doakan untuk kamu-kamu ┬ádan juga diri sendiri supaya kita sentiasa dipermudahkan dalam perjalanan menuntut ilmu ini. Semoga kita memperolehi ilmu yang bermanfaat untuk diri sendiri, agama, bangsa, negara dan masyarakat. Semoga Allah terangkan hati kita untuk menerima segala ilmu yang kita cari…in sya Allah…

Assalamualaikum~~~ ­čÖé

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s