Assalamualaikum~~~

Here we are…masih menempel di Klinik Kesihatan Tenghilan menyibuk  dengan staff-staff di sini hakhakhak tedalah… Sekarang sedang menghitung hari mahu menghabiskan sisa-sisa waktu klinikal terakhir dengan ibu-ibu mengandung dan baby-baby. Masuk minggu keempat/terakhir sudah dengan diorang-diorang ni. Lepas ni rindulah mahu dengar degup jantung baby dalam perut ibu tu (fetus sebenarnya ya rakan-rakan. belum boleh panggil bayi lagi sebab belum lahir). Lepas tu rindulah mahu dukung baby, mahu main dengan budak-budak. Maklumlah kadang-kadang jadi babysitter sekejap kalau telampau bosan teda kerja tu kan hakhakhak

Walaupun mula-mula tu rasa bosan betul klinikal dekat klinik kesihatan ibu dan anak (kkia) ni sebab m.a mana lah ada yang posting dekat kkia ni kan. Tapi lama-lama bila sudah dapat main dengan budak-budak yang comel-comel tu adui jatuh hati terus kauuu…tetiba pandai terlintas di hati tu mahu jadi staff nurse, nda pun jururawat masyarakat XD hakhakhak

Serious ui…kalau tanya massa mula-mula klinikal dulu memang bosan. Tapi bila tanya sekarang rasa macam tidak mahu kasih tinggal sudah ni klinik ngeeee.

Best ui kalau bagi sayalah. Macam masa di wad juga, di sini pun banyak benda yang boleh buat kau ucap Subhanallah, indahnya ciptaan Allah.

Antaranya bila kau dapat dengar degupan jantung bayi dalam perut ibu tu laju saja dia berdegup. Subhanallah…kau sendiri pandai tersenyum masa dengar tu…rasa seronok saja dengar ada satu lagi nyawa dalam tu yang sedang bersedia untuk keluar ke dunia. Bila kau tengok ibu pun tersenyum seja dengan jantung baby diorang kau pun ikut gembira. Yang best lagi bila kau palpate perut ibu tu kan terus kau rasa tu baby bergerak aduiii perasaan dia tu hahaha nda tau lah kan mahu cakap macam mana tapi excited sendiri ni hahaha belum lagi yang masa kau sedang dengar degupan jantung baby terus masa tu juga dia sedang tendang-tedang perut ibu dia. Memang jelaslah kedengaran tendangan dia tu kan hahaha

Yang paling best lagi kan bila dua hari lalu kau baru saja palpate tu baby dalam perut ibu dia, dengar degupan jantung dia lepas tu hari ni ibu dia datang dengan tu baby dalam dukungan sudah! Kau yang excited sendiri ni hahaha bila tengok tu baby, pegang dia betul-betul dan cakap…oh..dia ni lah yang saya dengar hari tu, dia ni lah yang tendang-tendang hari tu, dia ni lah yang saya kacau masa masih dalam perut hari tu Subhanallah…perasaan tu kan lain macam betul hahaha

Sampai ada satu ibu ni kan, almost 40 week sudah kandungan dia tapi belum lagi bersalin. Dia datang klinik pun setiap 2 hari sudah. Masa palpate tu perut saya selalu bawa tu baby bercakap, suruh doa keluar cepat-cepat sebelum saya habis klinikal sebab mahu tengok macam manalah rupa si baby yang selalu saya dengar heart beat dengan yang selalu saya kacau tu hahaha tapi rasanya macam tidak sempat saja mahu tengok dia ni.

Lagi satu yang best. Bila ada ibu yang datang dan baru tahu yang dia mengandung. Macam ada satu aunty ni hari tu, dia datang untuk daftar pra natal. Dia baru dapat tahu yang dia pregnant. Punyalah dia happy masa tu sebab umur dia pun 40 lebih sudah. Mungkin anak pertama, tidak pula sempat tanya. Dia datang hari tu ambil temu janji saja sebab dia baru buat ujian air kencing dan baru dapat tahu dia mengandung. Dia datang klinik dengan senyum lebar. Dia cakap “aunty pun tidak sangka oh…habis aunty 40 lebih sudah umur. Tapi sekali aunty cek ada pula!” dengan senyuman lebar di bibir. Kami pun masa tu terus ikut excited, tumpang happy “wahhh aunty…tahniah”. Terus saya ni yang rasa macam mahu menangis terharu hahaha over.

Lepas tu yang best lagi kan bila dapat main dengan budak-budak ni. Sudahlah memang rindu dengan adik-adik saya yang kecil-kecil lagi tu kan, bila jumpa budak-budak ni memang terubatlah rindu tu kan. Budak-budak yang datang dengan perangai masing-masing. Ada yang hyper, ada yang penakut, yang malu-malu, yang peramah semua ada lah. Kadang kau yang penat melayan kalau yang jenis hyper tu. Habis satu klinik tu tempat kau kejar dia. Kalau yang penakut tu pula mahu timbang berat badan dengan sukat tinggi pun menangis joh. Trauma kali kan masa datang klinik kena jarum tu hahaha. Jadi tugas kau terpaksalah memujuk.

Macam saya cakap dia atas tadi, kalau bosan kadang kami jadi babysitter hakhak. Macam adik ni, dia datang ikut mama dia daftar pra natal sebenarnya. Mula- mula dia tidak mahu kawan kami kay. Kami mahu ikut pergi sekolah dia pun tidak kena bawa ahhh nanti cikgu dia marah kunu hahaha Tapi hasil daripada perbincangan dan pemujukan selama lebih kurang setengah jam akhirnya kami menjadi kawan dan dibenarkan sudah ikut dia pergi sekolah hahahah

Tapi yang paling tidak best masa mahu jarum baby tu. Aduhai…kadang rasa bersalah betul mahu jarum. Iyalah mula-mula masa dia datang tu siap main-main lagi, ketawa-keawa dengan dia. Tidak lama lepas tu kau sudah yang kasih nangis dia pakai jarum. Kalau tu baby boleh bercakap mesti dia cakap yang dia rasa tertipu, rasa dikhianati hahaha iyalah mula- mula bukan main baik lagi main-main dengan dia, tidak lama sudah menjarum hahaha kesian joh tengok diorang nangis. Jahat betul kakak-kakak ni kan baby- baby hahahah Tapi sudah tugas macam mana lagi. Lagi pun memang untuk kebaikkan diorang jugakan.

img1490931788812

Hah…baby inilah mangsa suntikan saya hahaha terima kasih banyak baby dan mama baby yang benarkan saya untuk suntik dia. Baby ni lah yang tolong saya lengkapkan buku log. Tanpa baby-baby yang kena jarum ni kan tidak lengkaplah buku log kami tu dan tidaklah pula kami dapat tamatkan pengajiankan. Jadi sebenarnya yang banyak membantu menjayakan praktikal kami ni adalah mangsa-mangsa kami ni lah hahaha tidak bah…bukanlah mangsa bah. Tapi diorang inilah tempat kami belajar. Tanpa diorang ni, tanpa pesakit-pesakit yang ada di mana lagi kami dapat aplikasikan teori yang kami sudah belajarkan.

Sebab tu saya suka ucap terima kasih dekat pesakit-pesakit walaupun diorang cakap “eh kami yang sepatutnya ucap terima kasih sebab kamu yang tolong kami”. Tapi bagi saya diorang yang tolong kami sebenarnya. Diorang benarkan kami belajar dengan tubuh badan diorang, diorang percaya dengan kami untuk lakukan macam-macam prosedur yang pertama kali kami cuba buat pada tubuh badan diorang. Bagi saya itusatu pertolongan yang cukup besar untuk kami.

Samalah macam ibu-ibu yang percayakan kami untuk suntik anak diorang. Saya rasa berterima kasih betul dengan ibu-ibu yang sudi percayakan kami. Iyalah, kalau semua ibu tidak percaya kami, tidak benarkan kami untuk jarum anak diorang macam mana kami mahu belajar kan, macam mana mahu dapat pegalaman. Ingat senang kah ibu-ibu tu mahu percaya, serahkan anak yang diorang kandung sembilan  bulan lepas tu bertarung nyawa lagi untuk disuntik oleh pelatih yang pertama kali menyuntik? Tidak ok. Salah suntik boleh bahayakan nyawa anak diorang ok. Tapi sebab diorang mahu bantu, sebab diorang letak kepercayaan pada kami, diorang benarkan kami suntik. Memang bersyukur betullah masa tu. Rasa macam mahu saja sebut nama diorang satu-satu masa hari graduation nanti sebagai penghargaan hahaha

Tapi serious lah. Tanpa ibu-ibu ni, bayi-bayi diorang dan pesakit-pesakit yang pernah saya attend sebelum ni memang tidak akan berjayalah saya sampai ke tahap ini. Tanpa diorang ni siapalah kami, di manalah kami mahu cari pengalaman, mahu belajar segalanya yang first time itu. Selain pengajar-pengajar yang mengajar, pesakit-pesakit ini pun banyak mengajar ok. Hakikatnya bukan saya yang bantu diorang, tapi diorang yang bantu saya dalam pembelajaran saya.

Alhamdulillah setakat ini saya masih dipertemukan dengan orang-orang yang baik-baik belaka. Hanya Allah yang dapat balas semua budi baik diorang dengan saya. Semoga Allah beri kesembuhan pada setiap pesakit yang pernah bantu saya tidak kira siapa pun diorang.

Terima kasih Allah kerana hadirkan orang-orang yang baik disekeliling saya.

Terima kasih Allah untuk segala pertolongan yang diturunkan melalui manusia-manusia lain.

Dan untuk kamu-kamu yang membaca, saya doakan semoga semua mendapat kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah lindungan Allah 🙂

~Assalamualaikum~~~

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s