Assalamualaikum~~~

Finally…it’s come to the end guys. Hari ni hari terakhir kami di Klinik Kesihatan Tenghilan. Betul lah, sebulan tu tidak terasa pun berlalu. Sedar-sedar saja hari terakhir sudah kami di klinik ni. Dan betul jugalah macam saya cakap dulu, mula-mula datang sini sebulan yang lalu memang rasa mahu cepat habis, mahu cepat pulang tapi bila sebulan itu sudah berlalu, bila sudah sampai hari terakhir sanalah baru terasa rupanya hati tu sudah terpikat dengan tempat ni cia cia cia hahaha. Serious bila last day ni sedih dia tu lain macam sikit hakhakhak Padahal kan selama ni bukan main mahu cepat-cepat pulang.

Bukanlah terpikat sebab apa bah…tapi biasalah tu bila kau sudah mula rasa selesa dengan tempat yang kau berada sekarang, dengan orang-orang dan suasana sekeliling kau mesti hati tu rasa berat sikit untuk tinggalkan kan? Ada saja benda-benda yang akan buat kau rindu nanti. Dan bila sudah tiba saat-saat akhir ni lah baru kau sedar, rupanya best ada di sini ย ๐Ÿ™‚

Mesti banyak benda yang kami akan rindu nanti terutamanya baby-baby yang comel-comel sekalian. Lepas ni manalah dapat dukung-dukung baby lagi (lepas ni jaga orang mental sudah kay XD ). Dan mesti rindu juga mahu palpate perut-perut ibu-ibu mengandung, rindu mahu kena tendang oleh baby dalam perut masa mahu dengar degupan jantung diorang tu XD Rasa berterima kasih betul dengan ibu-ibu mengandung yang rela saja kami palpate perut diorang untuk cari kedudukan baby. Sudahlah kalau mem’palpate tu kadang lama sebab nda terjumpa mana bahu baby lepas tu siap passing batton lagi tu mem’palpate sampai tiga orang XD pasrah sajalah ibu-ibu tu dengan kami hahaha

Dengan kakak-kakak J.M ย dan Staff Nurse lagi, yang selalu sabar dengan permintaan kami untuk buat prosedur, dengan pertanyaan kami, dengan kesalahan-kesalahan kami hakhakhak terima kasih banyak kakak-kakak bilik 1, bilik 2, bilik 3 dan bilik 4 dekat klinik kesihatan ibu dan anak Tenghilan tu sebab selalu sabar layan karenah kami ni. Tapi yang selalu kena kacau kakak-kakak bilik 1 dengan bilik 3 lah hehehe

IMG_20170405_165247 - Copy

kakak-kakak kami yang comel-comel

IMG_20170406_150603

kakak-kakak bilik 1 yang kena paksa bergambar balik sebab menghilang masa gambar ramai-ramai XD

Dengan Sister kami yang comel tu lagi aduhaiii…rindulah saya nanti… serious sister kami memang comel XD sudah tu baik lagi lahaiii

IMG_20170405_165126 - Copy

tengoklah kecomelan sister kami tuhhh XD

Ini di KKIA, klinik di bawah. Di atas ada OPD pula. Staff opd pun baik juga ๐Ÿ™‚ Walaupun jarang naik buat prosedur di atas (sayalah, kawan-kawan lain selalu juga naik haha) ย tapi diorang pun ada bagi tunjuk ajar juga. Terutamanya doktor ‘kesayangan’ kami tu lah kan haaahahahaha tiada lah… Tapi serious doktor Hariz memang generous sangat dengan ilmu yang dia ada. Selalunya student yang terkejar-kejar cari doktor mahu tanya itu ini. Tapi ini, doktor sendiri yang call students suruh naik jumpa dia sebab dia nak ajar. Bukan selalu weh jumpa doktor macam ni. Kira kami memang bertuah lah kan (tapi itu ponnn liat lagi kalau kena suruh naik atas tu. Takut bei kena tanya-tanya. padahal doktor bukan marah pon kalau salah, dia ajar lagi ada lahhh XD ) Sampai hari terakhir tu pun doktor masih lagi curi masa dia untuk ajar kami walaupun dia sibuk terkejar-kejar dengan lawatan YB lah, dengan ada kes penting lagi…sampai pulang pun jam 5 lebih sudah. Tidak lupa juga dengan doktor Syarah yaaa…doktor Syarah pon ada ajar ok…walaupun tidak sempat tanya banyak (sebab hari kedua terakhir tu baru mencari minta ajar, berhari-hari sebelum ni tidak pula mahu pergi minta ajarkan cik pikaaaa heiyaaa). Terima kasih banyak dekat doktor-doktor yang baik dan pemurah dengan ilmu yang diorang ada. Dengan staff-staff OPD lain pun terima kasih juga sebab terima kami dengan baik selama sebulan ni ๐Ÿ™‚ kek saja kami mampu bagi sebagai penghargaan ni XD

IMG-20170408-WA0007

IMG-20170408-WA0014

Dr. Hariz cakap sebab color tudung Dr. Syarah sama dengan color kek jadi dia yang potong XD

IMG-20170408-WA0005

Sister yang comel :*

Apa lagi yang akan saya rindu nanti selain mereka-mereka ini?

Part of all yang pasti saya akan rindu adalah gelak ketawa kawan-kawan klinikal merangkap housemate saya untuk sebulan ini. Elleys, Jue dan Abby. Tinggal serumah dengan diorang untuk sebulan ni adalah antara part yang mengembirakan sepanjang tempoh klinikal saya. Tidak sangka kami boleh get along together. Banyak kenangan baru ๐Ÿ™‚ paling tidak boleh lupa masa malam kedua kami disini dan ada orang ketuk. Panik dia ya Allah punyalah…semua pun takut sampai berkumpul di hujung bilik hahahaha XD Rupanya orang sakit mahu datang klinik. Tapi sebab takut tu kan tidak kena buka bah tu pintu sampai tu orang balik sendiri XD memang penakut la kan hahahah

Rindulah saya nanti dengan inside joke kami yang hanya kami yang faham, dengan cerita-cerita lucu yang berlaku sepanjang kami di sini, dengan masakan-masakan jue yang sedap-sedap hahahah paling best bila bangun pagi jue sudah kasih sedia sarapan hohoho jue memang rajin buat sarapan kay…kalau dia lapar memang dia akan awal bangun buat sarapan. Jadi kalau mahu jue buat sarapan pastikan dia lapar masa bangun pagi so malam jangan bagi dia makan banyak hahahaha tidak bah jue…gurau sajeee XD

Dengan diorang ni juga macam-macam masakan baru saya belajar. Jue lah tukang ajar masakan baru yang rare (bagi sayalah rare sebab pertama kali kan hohoho). Bunga kobis goreng tepung lah, Ikan masin tumis dengan nenas dan lada putih lah, dan yang paling rare bila nenas habis tapi ikan masin dan lada putih masih ada lepas tu korek-korek icebox jumpa pula apple hijau. Jadilah ikan masin tumis dengan lada putih dan apple hijau XD Macam-macamlah experiment yang Jue buat tapi semua menjadi kay hahaha Rasanya part masak dan makan ni lah yang paling akan saya rindu. Hari-hari makan sedap-sedap yow mana tidak saya bertambah 2kg dalam masa sebulan ni dengan diorang haiyaaaa XD Lepas tu tiap petang rabu wajib pergi tamu di pekan. Bukanlah tamu besar pun, tamu kecil saja pun cukuplah untuk beli barang basah dan kuih muih sikit. Penjual-penjual dia pun baik-baik belaka. Ada sorang makcik ni jual ikan masin, kami selalu beli dekat dia dan dia selalu bagi diskaun hakhakhak baik makcik tuuu…dia cakap ‘tidak apalah kamu bujang-bujang masih jadi makcik bagi murah-murah kesian kamu’ ย aduiii terharu kiteeee hahaha Lepas tu ada kakak-kakak jual lauk pauk yang setiap hari pergi klinik sebab klinik kitorang tiada kantin hukhukhuk diorang pun baik ramah tamah. Puding kelapa diorang sedap tauuu…Selain diorang ada aunty jual bun lagi…bun dia sedap dan murah. Ada bun serunding ayam, bun isi kacang hitam, pandan dan tart telur. Semua harga rm1.50 saja kay. Murah kan?

Aish…this one month really filled with a lot of memories to be remember and also a lot of things to learn ๐Ÿ™‚ it is such a good place with a good people…somehow I wish someday I could go back here to work with them together to serve the people

Dengan kawan-kawan satu batch yang sebelum ni tidak rapat pun boleh jadi rapat bila tinggal satu bumbung selama sebulan ni ๐Ÿ™‚

Thanks kawang-kawang untuk sebulan yang penuh warna-warni ini ๐Ÿ™‚ Minta maaf kalau ada salah silap yaaa XD

What can I say about this place? It such a nice place with a warm people. It is very nice to be here with them ๐Ÿ™‚ Till we meet again…

Saya doakan setiap yang membantu kami mendapat balasan baik dari Allah. Semoga semuanya dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan tubuh badan. Semoga setiap pesakit yang datang ke klinik mendapat kesembuhan dan dipermudahkan setiap urusan. Semoga setiap ibu mengandung yang setia membantu kami menjalankan proses pembelajaran kami diberi kesihatan sepanjang mengandung dan dapat melahirkan dengan selamat. Semoga setiap bayi, adik-adik yang datang ke klinik membesar dengan baik dan sihat…in sya Allah

dan untuk kamu-kamu yang sedang membaca, saya doakan yang baik-baik. Semoga kita sentiasa diberi peluang untuk berjumpa dengan orang-orang yang baik dan mendapat ilmu serta pengalaman yang berguna. Semoga dipermudahkan segala urusan kita…in sya Allah ๐Ÿ™‚

IMG_20170405_173153

Farewell Klinik Kesihatan Tenghilan ๐Ÿ™‚

Assalamualaikum…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s