Assalamualaikum~~~

Merujuk kepada pertanyaan di atas. Hahaha macam mahu tulis surat rasmi la pulaaa XD

Tedalah…Sejak dua menjak ni ramai pula yang baru tahu rupanya parents saya sudah bercerai sejak sekian lama dahulu. Hari tu masa dekat klinik Tenghilan masa duduk-duduk di OPD dengan satu kakak staff nurse dan pak cik driver ambulans ni diorang bawa cerita-cerita pasal latar belakang saya. Banyaklah pak cik ambulans ni tanya pasal asal mana, bangsa apa, tinggal mana, berapa adik beradik dan lain-lain soalan lagi.

Sampai satu soalan ni yang membuatkan saya terpaksa menjelaskan bahawasanya ibu bapa saya sudah bercerai ya tuan-tuan dapn puan-puan sekalian dan ya soalan diatas itulah yang diorang tanyakan kembali dengan reaksi muka yang agak terkejut.

Lepas tu dalam dua minggu ni ada la bercerita dengan classmate dan ter’mention la juga pasal benda ni dannnn reaksi yang sama juga yang saya terima.

Mengapakah?

Saya selalu hairan, setiap kali saya cakap parents saya sudah bercerai mesti reaksi orang sekeliling begitu. Tidak tahu apa yang diorang terkejutkan sebenarnya. Tapi kalau saya rasanya ibu bapa yang bercerai itu bukan pekara luar biasa pun kan sekarang. Normal la juga. Atau diorang rasa saya tidak seperti seorang anak yang datang dari keluarga yang bercerai. I don’t know. I can’t read their mind though.

Kalau saya, masa dapat tahu yang seseorang itu datang dari keluarga yang bercerai ibu dan bapanya reaksi saya hanya “oh…” se’simple itu.

Tapi pernah ada orang cakap dengan saya long time ago

“kau tidak nampak macam dari keluarga yang sudah bercerai pun”

And I be like ‘how should a kid from a divorced family look like?’

Seriously people. How should we look like actually? Kami perlu kelihatan macam kanak-kanak yang kurang kasih sayang kah? Yang memberontak, yang kurang didikan, yang selekeh? Begitu?

No people! No! Not all kids from a divorce family would become that way.

Walaupun ibu bapa saya sudah bercerai tapi diorang masih sentiasa bagi kami perhatian dan kasih sayang yang cukup. Lagi pun kami ada nenek yang sangat sayangkan kami, kami ada nenek dan datuk saudara yang kisahkan kami, dan kami sentiasa ada makcik pakcik yang selalu temankan kami supaya kami tidak terasa kekurangan kasih sayang tu.

In fact, we have much more than what others think. Kami dapat perhatian yang lebih dari orang sekeliling kami. Mungkin sebab simpati. Tapi tidak kisahlah kan. Yang penting kami tidak terasa sangat kekurangan tu. Walaupun kadang setiap malam menangis sebab rindu mama. Ya, selepas mama dan bapa bercerai kami tinggal dengan bapa sebab ada nenek tolong jaga. Mama masa tu masih belajar di Maktab so tidak dapat jaga kami. But its okay sebab setiap kali cuti sekolah kami jumpa mama.

So nothing to be worry. We are just fine. Masih membesar dengan sihat dari segi fizikal mahupun mental.

Memang kadang ada luka kecil dalam hati sebab rasa sedikit terabai. Tapi semua itu sementara sebab kita tahu mama dan bapa bukan sengaja.

Saya tidak cakap hidup saya sempurna. Nope. Saya ada mimpi ngeri saya sendiri masa kecil. Mimpi mama tinggalkan saya sendiri sampai saya menangis dalam tidur. Selalunya tiada yang sedar, saya terbangun sendiri. Tapi dulu nenek pernah sedar dan bangunkan saya. Sekali tu saja. Lepas tu saya bangun sendiri dari mimpi tu dengan mata yang basah. Ingatkan mimpi tu berhenti bila sudah meningkat dewasa ni kan. Tapi rupanya dia masih datang sekali sekala. Entah kenapa walaupun lepas Spm dulu saya terus tinggal dengan mama tapi mimpi ngeri tu masih ada.

Tapi saya tidak layan sangat. Sebab saya tahu bila bangun mama ada dengan saya.

So people don’t be too pity to us. Because we don’t feel pathetic at all. Hidup kami tidaklah sesedih seperti yang orang selalu bayangkan. Nope. Kami membesar dengan kasih sayang yang cukup dari orang-orang yang hadir di sekeliling kami. Alhamdulillah Allah hadirkan orang-orang yang baik untuk kami.

Mungkin dahulu air mata tu peneman tidur tapi kami boleh lupa yang kami pernah menangis bila tiba saat-saat yang mengembirakan. Sekarang pun semua tu hanya tinggal kenangan sama ada untuk diingat atau dilupakan terus. Tapi bohonglah kalau cakap saya dapat lupakan terus. Sesekali memang akan teringat kenangan sedih kan? Tapi kenapa pilih untuk ingat yang sedih-sedih bila kita ada banyak pekara yang mengembirakan untuk kita kenang?

Sebenarnya semua terpulang pada diri sendiri. Memang tidak semua anak hasil dari penceraian itu dapat membesar dengan baik. Ada antara diorang yang memberontak sebab kurang dapat perhatian atau diabaikan terus. Masa ni memang orang sekeliling akan tunding jari pada ibu bapa lah kan sebab abaikan anak-anak. Tapi sebenarnya itu semua datang dari pilihan anak tu sendiri.

Bagi saya lah kan, kau sendiri yang tentukan kau mahu membesar macam mana. Ya betul ibu bapa yang mencorakkan anak-anak, kalau ibu bapa abaikan anak-anak maka rosaklah corak mereka. Itu yang selalu ada kes ponteng sekolahlah, merokoklah, jadi samseng lah, ambil dadah lah dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Kenapa jadi macam tu? Alasan selalu sebab kurang didikan ibu bapa, kurang perhatian, memberontak sebab mahu perhatian. Ok mari kita terima alasan ini. Tapi cuba fikir, ibu bapa kurang bagi didikan di rumah pun, diorang tetap hantar kita pergi sekolah. Di sekolah macam-macam kita belajar dari subjek-subjek macam pendidikan islam, pendidikan moral, even dari tadika lagi pun sudah diajar nilai-nilai murni kan? Mana yang baik untuk kita, mana yang buruk, mana yang patut kita buat dan mana yang tidak patut kita buat. Kita sepatutnya sudah pandai pilih jalan yang betul kan? Tapi kenapa masih pilih jalan yang salah?

Mahu tarik perhatian ibu bapa pun masih ada cara yang betul selain dari memberontak dan buat benda bukan-bukan yang memusnahkan masa depan sendiri. Pilihan sebenarnya ada di tangan kita sama ada untuk jadi baik atau sebaliknya.

Kita pilih untuk memberontak, buat macam-macam benda yang boleh musnahkan masa depan sendiri semata-mata untuk dapat perhatian ibu bapa. Ok perhatian sudah dapat, tapi masa depan yang sudah musnah tu ingat senang ka mahu dipulihkan kembali? Tidak ya wahai adik-adik. Ada yang bertuah dia jumpa jalan kembali, dapat bina hidup baru. Tapi yang musnah terus tu macam mana? Menyesal I tell you…

Sebab tu saya cakap pilihan ada di tangan kita. Lantaklah parents yang sudah bercerai tu abaikan kau atau tidak. Kau boleh buat pilihan kau sendiri. Memang kau akan rasa sedih, sendiri, sunyi tapi itu sementara. Bila kau pilih untuk kuat, untuk harungi masa-masa sukar kau tu in sya Allah kau akan jumpa kebahagiaan kau sendiri bila tiba masanya nanti nanti. Remember, nothing stay forever in this world. Even the rain would stop, same goes wtih your sorrow. Kalau kau sabar sikit saja, kau boleh cipta masa depan kau yang bahagia nanti, yang bukan hanya ada kau seorang. Yang kau boleh isi dengan orang-orang lain yang kau sayang dan sayangkan kau.

Saya cakap bukan sebab saya baik, saya sempurna, saya kuat sampai tidak pernah menangis. No. Saya menangis. Saya pernah rasa terabai, ditinggalkan, tidak penting dan menangis sajalah yang saya mampu untuk pujuk hati sendiri sebab tiada yang akan pujuk. Luka dalam hati kau tu, hanya kau sendiri yang akan nampak. Orang lain tidak. Jadi belajar untuk pujuk hati sendiri. Jangan pilih jalan pintas untuk ubat hati kau dengan buat benda yang bukan-bukan, buat itu ini untuk lepas stress kononnya, bergaul dengan orang-orang yang bawa pengaruh negatif. Mungkin kau dapat kawan, kau dapat lepas stress, kau dapat kegembiraan, kau tidak sunyi dan rasa terabai lagi. Tapi pleaselah, itu sementara saja kay. Semua yang kau rasa masa tu are not permanent at all. Sekelip mata boleh hilang dan bertukar jadi tragedi dalam hidup kau. Dan masa itu tidak akan dapat diundur kembali. Tiada button undo ya dalam hidup ini.

Sebab tu saya cakap, tahan sekejap, sabar sekejap. Biar sunyi, terabai sekejap. Tapi pastikan kau bina masa depan kau baik-baik supaya nanti kau boleh jumpa kegembiraan yang kekal, teman yang akan hiasi hidup kau, yang akan teman kau selamanya, yang akan buat kau rasa balik kasih sayang yang kau hilang. Kau akan jumpa bahagia kau. Kau cuma perlu sabar.

Saya tahu bukan senang. Cakap memanglah senang. Tapi harungi tu susah. Tipulah kalau saya cakap saya tidak pernah mempersoalkan setiap yang terjadi. Tipulah kalau saya cakap saya tidak pernah ‘meng’kalau’kan’ setiap yang terjadi. Selalu terlintas di fikiran saya “kalaulah parents aku tidak bercerai mesti semua berbeza, mesti aku akan lebih gembira, mesti tiada masalah bla bla bla”. Me and my ‘kalau’.

But hey siapa saya untuk mempersoalkan takdir Allah. Astagfirullah….memang manusia yang tidak sedar dirilah kan? Allah sudah rancang perjalanan hidup hambah NYA cantik-cantik dan pastinya yang terbaik untuk mereka tapi masih lagi ada hati yang tidak tahu bersyukur dan sentiasa mahu mempersoalkan takdir Allah. Allah tahu apa yang DIA rancang, Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba NYA. Setiap yang DIA rancang pasti ada penghujung yang terbaik untuk sesiapa saja yang sabar dan redha dengan ketentuanNYA.

Kau cuma perlu latih hati kau untuk sabar dan kuat sehingga akhirnya kau jumpa kebahagiaan kau sendiri. Allah tidak akan biarkan hamba NYA yang DIA kasihi menangis selamanya. Allah itu ar-Rahman dan ar-Rahim, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. DIsebalik sesuatu ujian yang DIA beri pasti akan ada hikmah. Memang ayat tu ayat cliche but it is the truth.

Bila saya fikirkan kembali, hidup saya tidaklah menderita mana pun. Fasa menangis itu pun berlalu dengan laju sebenarnya dan sekarang saya sudah tiba di masa yang saya sedang bahagia dengan kehadiran adik-adik kesayangan saya. In fact bila saya terfikir balik, kalau parents saya tidak bercerai akan wujud ka adik-adik saya yang comel-comel ni? Mungkin memang akan ada, tapi akan sama ka dengan apa yang saya ada sekarang? Mungkin berbeza, boleh jadi lebih baik lagi tapi saya sudah rasa cukup dengan apa yang saya ada sekarang. Saya sudah rasa hidup saya cukup dengan apa yang saya perlu. Syukur Alhamdulillah

But then people ask me how about my step father and step mother? Memanglah tiada yang sempurna kan di dunia ni. Saya mengaku ada part yang saya tidak suka but you have to live with it. Jadi apa saya buat? Saya abaikan part yang saya tidak suka tu dan teruskan dengan hidup saya. Selagi pekara tu tidak bawa masalah besar dalam hidup saya, abaikannnn…

Jadi…kuncinya di sini adalah sabar dan bersyukur. Sabar dengan setiap situasi hidup kau sebab tiada satu pun yang akan kekal di dunia ni. Kau tidak akan kekal menderita selamanya. Mungkin hari ini kau menangis tapi siapa tahu esok kau akan ketawa gembira.

Bersyukur dengan setiap yang terjadi, setiap yang kau ada. Diberi nikmat kita bersyukur. Diberi ujian juga kita bersyukur sebab ujian itu yang buat kau kuat.

Bersyukurlah sebab ibu bapa kamu masih bersama. Saat mereka sudah berpisah, bersyukurlah sebab kamu masih punya ibu bapa. Saat kedua ibu bapa kamu sudah tiada bersyukurlah kau masih pernah merasa kehadiran dan kasih sayang mereka. Saat kau tidak pernah mengenal siapa ibu bapa mu maka bersyukurlah kau masih dapat melihat dunia ini

Allah pesan, siapa yang bersyukur pada NYA maka akan DIA tambah nikmatnya. In sya Allah.

Macam jauh sudah kan melencong dari topik asal. Rasanya topik asal pasal parents yang bercerai kan kan kan hakhakhak XD

Bukan apa, point saya disini…saya cuma mahu cakap yang anak hasil penceraian itu tidak semestinya yang memberontak dan rosak. Asalkan pandai pilih haluan hidup, tahu bezakan yang buruk dan baik kalau diabaikan sekalipun in sya Allah dia akan tumbuh jadi manusia yang baik. Walaupun dalam proses untuk menjadi manusia yang baik itu ada pelbagai dugaan, ditemani air mata, rasa diabaikan, kesunyian dan tertekan tapi kalau kau dapat kawal perasaan kau dan dapat bersabar dengan semua tu, in sya Allah semuanya akan berakhir dan bila kau sedar kau sudah temui kebahagiaan kau sendiri. Cuma bersyukur dengan setiap yang berlaku sebab saat kau bersyukur kau akan nampak ada orang lain yang nasibnya lebih malang dari kau.

So, kepada kamu-kamu yang membaca…saya doakan tiada satu pun yang akan mengalami nasib seperti saya. Saya doakan untuk adik-adik saya supaya diorang tidak perlu rasa macam mana abang dan kakak diorang rasa masa kecil dulu. Saya doakan semoga kita semua diberi kekuatan dan kesabaran disaat menghadapi dugaan hidup 🙂

Assalamualaikum~~~

 

 

Leave a comment