Assalamualaikum~~~

Ni mahu cerita ni…Hari tu…ada kakak satu batch ni tanya “kau pernah rasa down ka dalam hidup kau?”

Terus saya berfikir kejap. Hmmm…down the hill ka atau baby are you down down down down down down? Hakhakhak inda behhh.

Down. Atau bila di’google translate’kan menjadi ‘ke bawah’. Haaahakhakhak…inda behhh (tapi serius google translate cakap begitu XD )

Ok serius plis.

Down atau makna lain dia rasa sedih, kecewa, putus asa, hampa, terjatuh, terhempas, terpuruk dalam hidup. (mak aiii banyak pulak definisi dia)

Siapa saja yang tidak pernah rasa? Semua kot pernah rasa. Apatah lagi saya yang banyakkkk flaws ini. Feeling down in your life had been a normal process on living. Kalau tidak pernah rasa down tu kira hebat ui. Maknanya hidup kau perfect gila, tidak pernah ada masalah. Tapi itu mustahil la kan sebab yang sempurna di dunia ni hanya DIA yang maha Kuasa.

Dan bila ditanyakan pada saya hmm…rasa down tu macam hari-hari saya rasa. Bangun awal pagi untuk mandi dan jalan kaki pergi Hospital Mesra Bukit Padang tu ponnn boleh buat saya down sudah XD tidak bahhh.

Ok serius. Feeling down yang teramat sangat. Tipulah kalau cakap tidak pernah kan. Sedangkan saya merasa itu seawal umur 5 tahun, saat saya belum faham apa sebenarnya yang saya rasa pada masa itu. Rasa sedih, sendiri, sunyi dan rindu. Tidak tahu macam mana mahu meluahkan selain dari keluarkan air mata. Dan bila sudah dewasa ini barulah faham apa perasaan itu sebenarnya. Dan berkali-kali juga selepas itu saya rasa down dalam hidup. Down yang teramat. Puncanya? Banyaklah punca kan. Selalunya sebab masalah peribadi yang melibatkan keluarga atau pun sebab saya gagal capai apa yang saya cita-cita kan. Masa tu memang down gila la. Kalau down yang pasal hati dan perasaan tu mungkin ada juga kali dulu-duuuuuluuu. Tapi itu masa masih hingusan la kan, masa masih main Wechat segala, masa jiwang-jiwang cinta tidak berbalas a.k.a bak kata Syauqi baru ku sedari cinta ku bertepuk sebelah tangan. (Ni tagune punya kawan ni nyanyikan saya ni lagu dulu XD tidak behhh syau you are among my best buddies bah ngeeee ) Tapi bila ingat balik sekarang kan rasa bodoh gila la kan down sebab benda macam tu. Rasa geli geleman pun ada. Hingus pun masih meleleh hati hati mahu rasa keciwa-keciwa segala sebab feeling-feeling ni. Maigaddd kenapa budhu betul masa tu ah…hatdoiiii

Tapi masuk saja umur 19 tahun kan start sudah menghentikan segala kejiwangan ini. Tiada sudah feeling-feeling patah hati keciwa tangan tidak dibalas tepukan tu. Suka, suka lah..tidak suka its ok fine thank you I don’t give a damn anymore saya cari lagi orang lain. Hahahah tidak la bah begitu. Maksudnya sekarang ni benda-benda hati dan perasaan ni kita hold dulu, sebab ada baaaaaanyak lagi benda yang lebih penting untuk saya bagi perhatian lebih contohnya makan. Eh. Tidaklah…antara benda penting sekarang ni pasal belajar lah. Sekarang ni tiada masa mahu fikir benda lain selain mahu stabilkan hidup. Mahu pastikan masa depan nanti terjamin.

Rasa down tu biasalah. Hari-hari kita boleh rasa down, baik down biasa-biasa atau down yang teramat. Mungkin orang tidak nampak apa yang saya struggle, apa yang mengganggu ketenteraman saya, apa masalah yang sedang saya hadapi. Mungkin orang nampak hidup saya aman damai tenteram sejahtera sentosa. Tapi orang tidak tahu besar mana ombak yang cuba saya hadapi untuk jadi setenang ini. Orang Cuma nampak apa yang telah saya capai, tapi jatuh bangun saya, hati yang penat yang berkali-kali saya pujuk untuk terus kuat orang tidak akan nampak. Hati yang berat tanggung beban sebab risaukan banyak benda, risaukan orang-orang yang saya sayang sedang hadapi masalah diorang dan saya di sini tidak mampu buat apa-apa untuk ringankan beban itu. Itu yang selalu buat saya down. Kegagalan dan kekecewaan yang bertimpah-timpah dalam hidup yang selalu buat saya down.

Tapi kenapa saya masih boleh jadi setenang ini? Sebab saya ada pilihan. Pilih untuk biarkan perasaan kecewa, sedih dan hampa itu untuk kuasai hidup saya atau abaikan saja. Dan saya pilih untuk abaikan diorang. Bukan bermakna saya tidak akan rasa down. Perasaan itu tidak boleh kita elak. Sesekali memang akan datang. Tapi kita boleh cuba kawal. Jangan biarkan perasaan yang kawal hidup kita. Tidak salah untuk rasa down. Tapi untuk saya, saya akan pastikan perasaan tu singgah sekejap saja. Cukup untuk hari ini saya bersedih sebab sesuatu, cukup untuk malam ini saya menangis tapi pastikan bila saya bangun esok pagi semua itu sudah saya tinggalkan sama-sama dengan air mata di atas bantal. Itu cerita semalam. Hari ini ada cerita baru, ada cabaran baru dan siapa tahu ada penawar untuk kesedihan semalam. Jangan rosakkan hari-hari baru yang lebih baik semata-mata satu hari yang menyedihkan. Ada baaaanyak lagi benda yang boleh buat saya gembira jadi kenapa mahu bersedih hanya sebab satu benda yang saya tidak boleh ubah kan?

Tapi saat kita rasa perasaan down tu terlalu berat untuk kita tampung sendiri, saat tiada siapa yang boleh bantu, ingat yang Allah sentiasa ada untuk kita. Sujudlah dan mengadu pada DIA, angkat kedua tangan untuk meminta kekuatan dari NYA.

“Remember, whenever you feel down look above, Allah is there for you.”

~anonymous~

Dan….untuk yang down sebab masalah hati dan perasaan ini, yang dikecewakan…saya tidak boleh cakap lebih sebab saya sendiri belum pernah rasa. Kalau yang dulu-dulu zaman hingusan tu memang tidak valid lah kan sebab masa tu bodoh lagi mahu nilai perasaan sendiri. Apa yang saya boleh cakap hati ni bukan milik kita sepenuhnya. Hati ni milik Allah. Kalau kita minta DIA jaga in sya Allah terjaga hati kita dari disakiti manusia lain. Saya mahu cakap lebih pun umur saya rasanya baru genap untuk pergi daftar mengundi, pengalaman cintan cintun dan break di tengah jalan ni pun belum ada maklumlah tiada yang sudi dengan saya XD .

Cuma bagi saya la kan, kalau tidak mahu hati terluka jangan bagi sepenuhnya hati tu pada seseorang yang belum pasti lagi akan sama-sama dengan kau sampai tua berkedut nanti. Macam saya cakap tadi, bagi hati tu pada Allah sebab Allah tidak pernah melukakan hati hambaNYA yang DIA sayang. Kalau bagi pada manusia hmm memang habislah kan. Sedangkan bukit bukau tu pun manusia boleh tarah bagi rata ini kan lagi hati manusia yang seketul tu saja. Sekali lapah tiada yang tinggal I tell you.

Tapi bagi yang sudah terlanjur bagi hati tu, yang sudah parah dicederakan luka sana sini mahu buat toilet and suturing pun tidak tahu mahu start dari mana sudah, cuba kembalikan pada Allah dan minta tolong baiki. Macam mana? Redhalah. Redha dan yakin yang semua terjadi atas kehendak DIA. Mungkin ayat ni cliche dan sudah banyak kali di’retweet di sana sini tapi saya tetap mahu tulis yang Allah tarik seseorang yang kita sayang untuk gantikan dengan seseorang yang lebih baik. Mungkin yang hadir dahulu sekadar sebagai pengajaran untuk kita menjadi lebih baik. Buat apa bersedih menangis untuk seseorang yang tidak kisah pun pasal perasaan kamu, seseorang yang berkali-kali lukakan hati kamu? Buang masaaaaaaa uiiii sedangkan di satu tempat yang lain ada seseorang yang sudah Allah takdirkan untuk kamu yang nanti akan buat kamu lupa semua air mata yang sudah terbazir. Kan Allah pesan dalam surat cintaNYA yang setebal 30 juzuk tu :

وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 216).

 

Move on dengan dekatkan diri pada Allah. Bukan move on dengan semakin menjauhkan diri dari DIA. Yakinlah yang Allah sudah sediakan seseorang yang lebih baik di hadapan sana Cuma masanya belum sampai. Everything has its own timing. You just need to wait and see. Cerita hidup kita ni Allah sudah siapkan lama dahulu dan sudah tertulis di Luh Mahfuz pun. Tinggal kita jalani setiap hari saja. Tidak perlu risau, gusar sebab jodoh belum sampai atau selalu dikecewakan. Kalau kita beriman pada qada’ dan qadar, yakin pada takdir Allah, kita hanya perlu sabar. In sya Allah pada masa yang tepat nanti kita akan jumpa jodoh yang sebenar-benarnya yang sudah ditulis namanya untuk kita. So keep calm and wait for your jodoh hakhakhak XD

Flip to another page. Why choose to stay on that one page too long while you can open a new page that would bring you a brand new story and who know you will find your happily ever after on the new page?

Saya cakap memang senangkan sedangkan saya tiada pengalaman pun bercinta dan putus ni XD . ya betul saya tidak pernah rasa jadi memang senanglah cakap. Tapi ini Cuma pendapat saya, dari sudut pandang saya dan in sya Allah kalau suatu hari nanti saya ditakdirkan untuk rasa semua itu saya harap saya kuat.

Cumanya sekarang ini saya tiada rancangan lagi untuk benda-benda macam tu. Saya ada banyak lagi benda penting untuk dilakukan. Waiting list saya masih panjang untuk pastikan masa depan saya nanti cerah dan stabil. Saya mesti habiskan belajar dulu, mula kerja, senangkan mama dan bapa, stabilkan hidup, berfoya-foya dengan duit sendiri, dan barulah mungkin fikirkan pasal yang satu itu. Tengoklah ada banyak benda yang saya perlu buat, tidak tahu di mana mahu sisip yang pasal cintan cintun ni. Sudahlah saya jenis yang tidak boleh fokus dengan dua benda dalam satu masa. Jadi mesti ikut barisanlah kan, selesaikan satu persatu. Dan saya takut nanti kalau saya patah hati saya tidak boleh handle, rosak pula barisan saya tu XD

Tipulah kan kalau cakap hati saya ni tidak pernah terusik. Hari-hari saya nampak orang hensem hari-hari juga saya jatuh hati hohoho tiada la bah begitu. Tapi hati saya ni pun hati biasa bukan hati besi, memang akan tersangkut juga kadang-kadang. Tapi saya pesan dengan hati ni, kalau tersangkut tu jangan lama sangat, lepas dua tiga hari datang balik pada saya 😛

Macam tu lah selalu. Kalau tersuka, suka ja la. Apa lagi mahu buatkan. Hati ni susah dikawal sebab tu sya cakap serah pada Allah in sya Allah terkawal XD . Tapi suka tu suka begitu sajalah sekadar tengok dari jauh, tidak perlu cakap. Kalau jodoh in sya Allah saya di kutub utara dia di kutub selatan pun nanti akan bersama juga. Kalau bukan jodoh bukan la bah mahu buat macam mana lagi kan, sudah jodoh saya tunggu tempat lain hehehe… kalau suka tu doalah pada Allah, minta hati dia untuk kau, minta Allah jagakan hati kau untuk dia dan minta jaga jarak antara kamu sampai saat yang betul-betul kamu bersedia.

Bagi saya cara macam ni lagi dapat selamatkan hati saya. Kalau confess awal-awal masa belum ready ni memang kau tempah flight kelas satu lah untuk dia bawa hati kau terbang dan jatuhkan ke tanah sampai berderai nanti andainya dia bukan jodoh kau. Keep calm and relax la bro. Simpan dulu niat kau tu dalam doa. Confess pada Allah, pemilik hati setiap insan di dunia. Jangan takut dia dikebas orang sebab kau tidak cop awal-awal. Tiada istilah dikebas orang sebab lambat confess ni. Dia dikebas orang sebab dia bukan jodoh kau dan orang tu jodoh dia. Bukan sebab kau lambat confess. Bukan.

Bagi saya kan, saya serahkan semua pada Allah. Allah sudah tetapkan masa yang sesuai untuk kita semua. Kita Cuma perlu yakin dengan ketentuannya. Redha dengan setiap yang berlaku. tiada satu pun perancangan Allah itu yang sia-sia untuk hamba NYA. Semua terkandung seribu satu hikmah.

Kita down hari ni, kita kecewa hari, kita sedih hari ini. Ok fine. Silakan bersedih untuk hari ini. Anda dibenarkan untuk menangis. Tapi hanya untuk hari ini. Esok buka muka surat baru. Mula tulis cerita baru. Tinggalkan muka surat yang sudah tertulis itu. Mahu padam pun tidak dapat sebab hidup ni bukan tulis guna pensel biasa yang boleh main padam-padam. Ini pen permanent special, guna blanco pun masih tidak dapat padam. So flip over a new page. Write a brand new story. Ask Allah for help to make your story smooth. In sya Allah you will find your own happy ending, happily ever after or what so ever you call it.

Sebenarnyakan…saya tidak tahu sudah kita cerita pasal apa ni hakhakhak taaadi awal-awal bukan kita cerita pasal rasa down ka tu? Kenapa boleh sampai happily ever after ni? Hakhakhak Memangkan kalau saya punya story line selalu terlari landasan. Mula cerita lain, tengah cerita lain, akhir cerita lain XD

Abaikan. Yang penting point saya mahu sampaikan adalah, hidup ni macam garisan ECG. Mesti ada turun dan naik untuk memastikan kau masih hidup. Kalau tiada garis turun naik tu, garis lurus saja maknanya kau sudah mati, asystole bro.

Dan point yang seterusnya, everything gonna be okay in the end. What ever you are going through right now will bring you to a better place if and only if you being patient. Bersabar dengan takdir Allah, in sya Allah di depan sana ada sesuatu yang indah menanti kita. Semuanya akan sampai mengikut waktu yang telah ditetapkan. Keep calm and keep going J

Dan saya doakan untuk sesiapa saja yang sedang sakit dan terluka hatinya, semoga Allah menghapuskan air matanya, hilangkan segala rasa sedihnya, derita dan kecewanya. Semoga Allah memberi kamu kesihatan dan dipermudahkan segala urusan. Semoga kita semua kuat menghadapi hari-hari yang melelahkan fizikal mahupun hati dan semoga kita menjumpai bahagia yang kita cari. In sya Allah aminnn J

Assalamualaikum….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s