Assalamualaikum~~~

Nda payah mahu welcome sangatlah. Habis sudah pon klinikal sana. Final exam pon baru habis pagi tadi hakhakhak. Baru hari ni ada masa mau menceritakan the whole amazing stories masa klinikal sana. Exam behhh.

Hospital Mesra? oh belum cukup mengejutkan lagi. Bukit Padang? Yups! That’s the point that always made people ask twice. “Kau belajar di Bukit Padang?”

Seriously guys? Bukit Padang tu nama tempat kay. Yang hospital untuk mental tu nama dia Hospital Mesra =,=

Memang. Memang tiap kali bila orang tanya belajar dimana, saya jawab la Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu (nama penuh uollls). Tapi disebabkan kolej kami ini tidaklah sepopular kolej lain makanya selalu la juga mereka bertanya lagi “dimanakah?”. Dan apabila diterangkan pula di Bukit Padang dengan muka penuh tidak percaya mereka bertanya balik “betul bah?”. Inda..inda..saya main-main saja itu -.-

Memang kan kebanyakkan rakyat negeri bawah bayu ni asal sebut Bukit Padang mesti lah terbayang hospital mental tersebut kan. Padahal Bukit Padang ni luas kot bukan sekadar ada Hospital Mesra tu semata-mata. Urrgghhh.

Ok abaikan pasal itu.

Cerita kita pasal klinikal di Hospital Mesra kan hakhakhak.

Sekian lama menunggu mahu masuk hospital tu kan akhirnya tercapai juga hajat. Tapi sekalinya bila tiap pagi dan petang mahu menapak pergi kerja tu aduhai merundum semangat XD

Mula-mula tu masa chief M.A bawa orientasi round hospital rasa macam seram jugalah sikit bila termasuk dalam wad yang patient dia agak-agak menggerunkan. Tapi sekali termasuk wad yang stabil sudah ok jugalahhh hahaha. Mula-mula kan terfikir juga boleh survive ka sebulan ni dengan patient-patient ni atau nanti kami pula yang terikut mental sekali XD

Tapi berjaya juga menamatkan klinikal dengan selamat dari simptom-simptom yang tidak diingini (mungkin) XD

Klinikal di HMBP ni lain sikit sebab banyak kali rotate tempat kerja. 2 hari pertama dalam first week tu sudah masuk OPD. Kerja kami d OPD senang saja, first day duduk seharian di kaunter pendaftaran tu tunggu patient datang, daftar then bila selesai jumpa doktor datang balik kaunter bagi diorang tarikh next to come again (TCA). Lepas tu petang ikut kakak J.M buat defaulter tracing. Kerja kami call mana-mana patient yang tidak datang appointment untuk hari itu. Sini lucu, kakak J.M tu ya Allah…dia punya mengantuk tu kan…boleh-boleh masa sedang buat phone call tu dia terlelap! Adui kronik sudah tahap ngantuk kakak tu XD Memang banyak kali la kan terlelap sepanjang dari jam 2.30 sampai 4.30 petang tu. Kami mampu tengok dan tahan ketawa saja.

Hari kedua masih di OPD tapi tukar tempat, dari kaunter pendaftaran pergi bilik rawatan. Bilik rawatan kerjanya menjarum saja. Sinilah puas menjarum. Jadi bagi sesiapa yang tidak sempat buat prosedur menjarum masa di wad atau klinik tu kan (maklumlah baru sem 4, ada tempat yang belum percaya untuk bagi injection XD ) sinilah tempatnya kau akan puas menjarum. So jangan risau kay.

Next day pergi unit Occupational Therapy. Hah! Ini ni mahu bagi tahu. Kalau selalu kita take away KFC tu kena bagi packet tisu dan sos kan? Ingat packet tu kilang yang buat ka? Sorry sikit kay, ni patient-patient dekat HMBP ni yang pack okay hohoho. Tidaklah semua bah kali tapi KFC bagi peluang untuk patient-patient ni berkerja untuk latih diorang. Inilah juga kerja kami masa di unit O.T ni. Packing tisu dan sos KFC bersama patient! Bezanya diorang dibayar gaji, kami indadaaa hahahah Lepas habis packing tu boleh main dengan patient macam main SAHIBA dan SAIDINA. Paling best sini ada karaoke okaiii ngehehehe tapi tidak lah dapat menyanyi kan…untuk patient seja kay.

Ok lepas tu next week dia masuk wad. Wad 5. Wad untuk patient yang stabil sudah atau untuk yang laaaaaaaaaama sudah di sini, tidak dituntut keluarga. So kebanyakkan patient memang nenek-nenek atau anty-anty yang tua sudah. Yang muda pun ada juga tapi tidak seramai yang tua lah. Selalunya yang muda-muda tu stay sekejap saja sebelum kena discharge. Tapi ada juga yang muda stay lama sini. Sebabnya poor family support atau memang tiada harapan sembuh.

Patient-patient dia yang tua-tua tu kebanyakkannya yang lama sudah tinggal sana. Ada yang dari zaman 80’an lagi sampai lah sekarang ni. Yang dari zaman dia kuat mampu berkebun lagi sampailah makan pun kena bersuap sudah. Ada pula satu patient ni, tapi yang ini masih muda lah, dia boleh ingat nama seeeeemua patient yang ada dalam wad tu. Sampaikan kami bila mahu cari patient kan, kena tanya dia masa satu yang nama ini, mana satu yang nama itu. Semua dia tahu kay. Serupa Ketua Kampung XD

Yang popo-popo pula comel-comel. Ada sorang anty ni, suka betul bergaya, di tangan dia mesti ada handbag kecil yang dia bawa pergi mana-mana. Dalam tu ada la gincu dia yang hampir mahu habis sudah, pen untuk lukis kudou(kening) yang tumpul sudah dan bedak. Hari tu pagi-pagi lagi dia sudah bergaya, dengan rantai manik-manik di leher, gelang manik-manik, gincu merah dan muka yang putih melepak dengan bedak yang tidak sekata hahahah. Rupanya hari tu jadual dia untuk pergi O.T. Punyalah comel anty tu lahaiiii XD

Hari tu lagi, ada sorang anty ni, suka mewarna. Saya joinlah mewarna juga sebelah dia, petang sudah masa tu, mata pun layu sudah tahan mengantuk. Sambil mewarna tu sambil cerita-cerita dengan classmate di sebelah. Sedang ketawa-ketawa tidak sedar kepala memberat terus ter’landing atas bahu tu anty, nda sia-sia kena ketuk kepala oleh tu anty! Bukan sekali tahu, dua kali! hahaha! Saya tanyalah ‘antyyy kenapa ketuk kepala sayaaaa?’ tapi tidak kena layan ui. Dia terus saja mewarna. Sedih XD Hilang terus ngantuk tu lepas kena ketuk hahahaha

Itu cerita patient wad 5. Bila masuk wad 9 lagilah hebat-hebat patient dia. Wad 9 ni wad kemasukkan/admission jadi kebanyakkan patient yang masih belum stabil.

Ada sorang patient tu, muda lagi, 20 an lah macam tu. Tahap mental dia ni memang agak tinggi la kan sebab memang dari kecil lagi. Tapi! Dia champion speaking omputih kauuuu! Saya tidak ingat sejarah sekolah dia sampai mana tapi memang tidak sampai sekolah menengah la. Tapi dia punya speaking bukan main lagi lancar. Cubalah suruh dia nyanyi. Lagu english kay semua. Setakat lagu Taylor Swift tu celah gigi dia saja, sampai habis dia nyanyi.Belum lagi bila dia nyanyi lagu korea dengan hindi. Hmp. Sebiji-sebiji lirik tu dia hafal gila. Hari-hari kami request lagu. Lebih kurang konsert sudah dia buat dalam wad tu XD

Lepas tu ada sorang anty ni. Tidaklah tua sangat. Kes anty ni pula dia bercakap ya Allah formal sungguh ya wahai tuan-tuan dan puan-puan. Sungguhlah tersusun ayatnya dengan nada suara yang begitu tenang dan lemah lembut lagi sopan santun. Kawan-kawan saya yang non-muslim cakap ayat dia serupa dengan ayat yang dalam bible XD Hari tu masa dia baru masuk, kawan-kawan saya tanya sebelum ni dia kerja apa. Guess what? Dia adalah PRESIDEN JERMAN BARAT koranggggg!!

Memang macam-macam lah jenis pesakit yang kau akan jumpa sini. Ada yang sedang rancang mahu buat konsert masa raya lah, lepas tu boleh lagi cakap ‘tengoklah kalau aunty tidak beraya di over sea’ makaihhh! kelasss kau aunty mau beraya di oversea XD

Kadang tu tidak sedar dengan kau-kau sekali terikut mental sama macam diorang. Terlampau layan cerita mental diorang kau sendiri tidak sedar terikut sama XD

Kerja kami tiap petang masa on the way balik hostel, cerita pasal perangai patient. Sepanjang jalan tu lah melakak ketawa. Memang terhibur gila XD

Tapi itu yang cerita lucu. Ada juga cerita yang dari sudut gelap. Pesakit yang masuk sebab salah pilih haluan hidup, yang berputus asa dengan hidup dan paling teruk dia tidak mahu hidup lagi.

Kadang terfikir kenapa diorang sanggup pilih untuk tamatkan nyawa sendiri sedangkan diorang ada pilihan lain. Bila fikir balik masalah yang diorang lalui tidak seteruk mana untuk buatkan diorang ambil jalan singkat macam tu. Mana pergi kepercayaan diorang pada tuhan masa tu?

Tapi bila mula terlintas di fikiran macam kena cepat-cepat berhenti sebelum kau judge diorang lebih jauh. I told myself to do not judge people by their stories. You heard their stories being told but you’re not in their position to live the situation so never judge their decision if you never walk in their shoes. So walau apa pun yang diorang lakukan jangan simply put down your judgement. Sebab mungkin bagi kita masalah yang diorang lalui tu benda remeh, tidak memberi kesan pun. Tapi kita tidak tahu macam mana sakitnya yang diorang rasa masa lalui semua tu sampailah diorang tiada pilihan selain pilih untuk tamatkan nyawa sendiri.

Itu apa yang saya belajar dengan pesakit-pesakit yang ada di hospital mesra ini. Saya belajar yang bukan semua orang ada kekuatan yang sama untuk hadapi situasi yang sama. Some people are strong and some are weak. But we can’t blame them on being weak. That’s their limit.

So I pray that every broken soul I have meet in this hospital get heal. Saya doa semoga mereka jumpa ketenangan jiwa. Saya doa semoga Allah kurniakan cahaya hidayah untuk mereka, untuk rawat jiwa-jiwa yang rosak terluka…In sya Allah 🙂

Assalamualaikum

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s