Assalamualaikum

Selamat Berpuasa kawang-kawang!!!

Syukur Alhamdulillah Allah masih sampaikan kita pada bulan Ramadhan tahun ini. Tahun depan belum tentu kita sempat XD

Tahun ni sempat berpuasa di kolej uii T_T Tapi yang penting puasa pertama ngam-ngam cuti jadi bolehlah puasa di rumah. Walaupun umur tu 21 tahun sudah kan tapi jiwa tu masih belum cukup umur lagi mahu puasa pertama tanpa keluarga tu ui XD

Nda apa lah tahun ni dengan tahun depan masih dapat puasa dengan keluarga. Tahun seterusnya in sya Allah panjang umur, puasa sorang-sorang lah dekat tempat orang jawabnya. Entah-entah raya pon di hospital XD

Hari pertama puasa pergilah bazar ramadhan kota marudu tu kan. Memang time-time macam ni lah kan masa untuk menjumpai segala saudara mara yang lama tidak jumpa, segala classmates/schoolmates dari sekolah rendah sampai sekolah menengah, segala crush pertama kedua ketiga dan seterusnya. Eh. XD

Belum lagi jumpa dengan cikgu-cikgu yang tidak kenal kau sudah. Kau senyum dengan dia, dia senyum juga lah tapi laaama sikit sebab mau recall lagi kau ni siapa sebenarnya XD

Aish rindu. Masa-masa bulan puasa macam ni banyak yang buat kau rindu. Rindu suasana 4 5 tahun lalu. Masa masih budak sekolah pakai baju putih kain biru. Masa semua masih ada sama-sama sebelum berterbangan kejar cita-cita masing-masing. Rindu sambut bulan puasa dengan satu keluarga yang complete. Rindu mahu ikut bapa pergi bazar, pergi tarawih dekat surau yang semua jemaahnya kaum kerabat keluarga sendiri. Surau yang dulunya penuh dengan anak-anak remaja yang sekarang semakin kurang setiap tahun. Sebab budak-budak dulu tu sekarang sudah berterbangan sana sini kejar cita-cita masing-masing. Tinggallah mak cik pak cik saja untuk penuhkan surau tu dengan adik-adik yang baru mahu membesar tu…

Betullah feeling masa 4 5 tahun lepas punya bulan puasa lain dengan feeling bila umur sudah masuk angka kepala 2 ni. Kalau dulu feeling dia excited mahu bulan puasa tu sebab apa? Sebab ada bazar, sebab nanti buka puasa dapat makan sedap-sedap, sebab nanti boleh pergi tarawih jumpa mak cik-mak cik sepupu sepapat ramai-ramai. Lepas tu tidak sabar mahu raya, lagu raya tu kalau boleh baru seminggu puasa mahu pasang sudah XD Tapi cuba kalau sekarang, pasang lagu raya awal habislah kau kena  kecam hahahah

Feeling puasa masa umur sudah masuk 20 an ni pulaaaa kalau saya lah kan, makin lama makin sayu. Ya lah makin lama makin jauh dari keluarga. Makin hilang ke’excited’an tu sebab kau bukan kanak-kanak riang lagi XD Raya pon makin lama makin hilang rasa excited mahu raya tu.

Tapi! Apa yang best, sekarang ni kau lebih faham erti sebenar puasa tu bukan sekadar menahan lapar dan dahaga saja. Kau faham bulan ramadhan ni bulan untuk kau kumpul pahala banyak-banyak. Boleh jadi titik permulaan untuk kau ubah hidup kau untuk jadi muslim yang lebih baik. Masa untuk kau cuci hati kau.

Tapi jangan silap! Jangan silap bila kau jadi hamba ramadhan, bukan hamba Allah. Kau jadi baik masa bulan puasa saja, bila lepas bulan puasa kau pun menyetan balik sama macam syatonirrojim yang baru dibebaskan tu (maap bahasa kasar XD )

Doalah minta supaya kau istiqomah dengan perubahan kau ni. In sya Allah kau mampu. Doa orang berpuasa itukan makbul  🙂

Saya cakap macamlah saya sudah berjaya buat kan? XD

Tidak, bukan sebab saya sudah berjaya. Tapi saya pun sedang berusaha untuk kearah itu. Untuk berubah menjadi yang lebih baik. Berubah ni bukan sekelip mata kau boleh buat. Ambil masa woo. Bukan sebulan dua. Boleh jadi bertahun-tahun. Puasa tahun ni berubah sikit, puasa tahun depan tambah lagi, lagi dan lagi sampailah kau mampu istiqomah terus.

Tahu, bukan senang untuk berubah jadi lebih baik bila kau selalu kena pandang serong, lebih-lebih lagi bila orang yang rapat dengan kau pun persendahkan usaha kau.

‘eleh…bulan puasa ni jadi alim lah, lepas bulan puasa nanti berentilah tu’

‘eh tetiba jadi ustazah/ustaz sudah sekarang ni’

Terus semangat kau down untuk berubah. Susah kan? Mahu jadi baik memang susah, banyak saja halangan. Tapi kalau mahu jadi jahat makaih bukan main senang. Sebab itu syurga bukan percuma dan neraka pula banyak penghuni.

Janganlah down terus. Cakap lah dekat diri nda apalah kena cakap macam mana pun yang penting Allah tahu niat kau, ini urusan antara kau dan Allah. Orang sekeliling mahu terima atau tidak itu bukan urusan kau sudah. Kalau orang-orang sekeliling kau betul ikhlas dengan kau, betul sayang kau, terima kau seadanya diorang akan terima semua perubahan baik kau. Dan kau pun ambillah kesempatan ini untuk bawa diorang berubah sama. Kena terima alhamdulillah, tidak kena terima nevermind, kau sudah cuba bawa kan? Terpulang lah sekarang diorang mahu ikut atau tidak.

Jadi jangan takut untuk jadikan ramadhan ni titik permulaan untuk kau berubah. Bulan yang penuh dengan keberkatan, bila pintu-pintu langit dibukan dan pintu-pintu neraka ditutup. Saat dimana doa-doa orang yang berpuasa itu dimakbulkan. Doalah, mintalah sebanyak-banyak hidayah, kekuatan untuk kau terus istiqomah. Mintalah keampunan dari Allah untuk segala dosa-dosa kau.

Tahu apa lagi yang best masa ramadhan? Saya jumpa ayat ni

“To fast is to say ‘Dear Allah, I love food. I love drink. I love to fulfill my desire. But I love you more. So I give up what I love for what YOU love” – Yasmin Mogahed.

Indahkan? Bila kita puasa bukan sebab kita takut berdosa, takut masuk neraka, takut parents marah atau malu dengan orang sekeliling. Tapi kita puasa sebab kita cintakan Allah, dan bila kita cintakan Allah kita sanggup buat apa saja suruhan NYA.

In sya Allah setiap apa yang saya tulis tu juga sedang saya usahakan. Tidak bermakna saya tulis sini maka saya buat 100%. Saya juga manusia biasa, banyak cela, serba kekurangan. Kadang saya lalai dengan perintah Allah. Tapi peluang untuk berubah itu sentiasa ada setiap saat. Makanya saya suka tulis untuk ingatkan balik diri sendiri. Semuanya untuk peringatan diri saya sendiri.

Jadinya,

Saya doakan semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dan bawa banyak perubahan pada kita.

Semoga kita terus istiqomah dalam melakukan ibadah kepada NYA dan bukan sekadar jadi hamba ramadhan.

Semoga setiap amal ibadah kita diterima di sisi NYA.

Semoga kita tidak hanya menahan lapar dan dahaga dengan sia-sia.

Semoga kita dapat bertemu dengan malam lailatulqadar.

Dan

Semoga kita masih sempat untuk bertemu ramadhan tahun hadapan

In sya Allah 🙂

Assalamualaikum….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s