16232_100933703267670_100000531227065_24607_6723887_n

Siapa dia?

Dia Mohd Ilham bin Zulkfli

Saya Nur Syafiqah binti Zulkfli

Ya. Dia anak lelaki pertama bapa dan mama

Lahir 9 Jun 1994

2 tahun lebih lebih tua dari saya

Dia musuh pertama dan paling utama

Bapa cakap masa lahir tali pusat terlilit dekat kepala dia itu sebab kepala dia lonjong sikit

Bapa cakap lagi masa dia baru lahir dia nda comel, buruk macam alien (hakhakhak)

Tapi semakin besar semakin putih gebu gebas pula sampai jadi kegilaan budak-budak asrama perempuan di SMK Sikuati dulu (menyampah)

Dia anak pertama, cucu pertama dan cicit pertama. Kira dialah yang pertama sebab tu dulu dia kesayangan (dulu saja k. Sekarang tidak sudah)

Memandangkan dia ni anak pertama jadi mainan dia dulu penuh satu almari. Bapa tiap-tiap minggu pulang dari maktab kasih beli dia mainan baru. Ciss.

Dulu masa kecil nenek cerita, dia pernah tindih saya dalam buaian. Lepas tu tolak saya dari atas kerusi sampai saya pengsan. Tengoklah ketidak puasan hati dia tu. Tidak boleh terima yang dia ada saingan.

Ingat saya pun mahu berbaik-baik dengan dia? Nehi.

Picture1 002

 

Jangan terpedaya dengan gambar. Disebalik pelukkan adalah niat untuk mencekik.

 

Dulu masa tadika selalu juga dia ni nangis oleh saya. Kalau tidak kena tumbuk belakang, kena tumbuk mata. Pernah satu kali saya tendang *ehem* dia. Mahu satu jam jugalah dia golek-golek kesakitan. Manalah saya tahu benda tu sesakit itu kalau kena. Dulu kan masih bebudak. Bapa balik dari sekolah baru kena marah “kau mau abang kau mati ka?” katanya XD

 

Dia dan saya jauh berbeza.

Dia tinggi saya boleh lah cukup-cukup makan

Dia kurus saya hmp tidak perlu diperkatakan lagi

Dia banyak peminat (playboy gila ni) saya bak kata dia ‘tidak laku’

Dia kurang pintar saya alhamdulillah di sini saya menang banyak

Satu saja kami sama. Muka bak permukaan bulan (waris dari mama sebab bapa cakap muka dia tidak pernah tumbuh jerawat)

Dia dengan adik-adik yang lain bukan main sayang, baik lagi. Tapi kalau dengan saya hmp tidak payah dinyatakan lagi disini.

Berkasih sayang? Huh tidak sesekali pernah.

Bertumbuk berpukul berterajang? Mainan harian.

Puji memuji? Jangan mimpi.

Ejek mengejek? Sudah pasti.

Rahsia saya yang paling sulit pun dia boleh bongkar. Sabar sajalah aku. Dasar penyibuk semesta alam. Taguneeeee betullllll

Dialah musuh pertama sejak lahir.

TAPI

Dia ni

Kalau dekat menyampah bila jauh rindu pula

Walau jarang ketawa bersama, dia pernah jadi kawan menangis.

Dia kawan saat kami sama-sama duduk di beranda, tunggu bas berhenti dan berharap mama turun dari bas. Dan bila bas akhirnya sampai tapi tiada pun bayang mama turun, dia juga yang cakap “marilah masuk, mama tidak pulang tu hari ni”. Masuklah kami sama-sama dengan perasaan kecewa. Dan bila malam saya tahu dia menangis, sebab saya juga menangis.

Kami walaupun banyak perbezaan tapi kami kongsi luka zaman kanak-kanak yang sama.

Hey kau mohd ilham zulkfli (entah kau nampak atau tidak pun ni)

Kau tahu tidak masa kau masuk hospital sebab apendisitis(ya budak ni tiada apendiks sudah sebab dulu terlampau jajal lepas makan pun mahu lompat-lompat) aku menangis gila punya.

Kau tahu tidak dua kali kau bergaduh masa sekolah rendah dulu dua kali juga aku menangis.

Kau tahu tidak masa aku dapat tahu kau pun kena denda sebab bergaduh tu aku macam mahu lari saja pergi tempat cikgu, bagi tahu dia yang kau tidak salah tapi budak tu yang salah.

Kau tahu tidak masa kau tinggal dekat mama lepas kau spm tu aku rindu kau. Aku bosan tiada kawan bergadu di rumah.

Kau tahu tidak masa kau marah aku hari tu sebab aku chat “orang tu” aku menangis. Satu hari aku tiada mood sebab kau marah aku tahu.

Kau tahu tidak macam mana jahatnya aku dekat kau aku tetap akan tolong kau kalau kau minta selagi aku mampu.

Kau tahu tidak aku pun susah hati bila kau susah.

Kau tahu tidak aku harap sangat aku dapat tolong kau sekarang ni.

Kau tahu tidak aku hari-hari doa minta kau dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Kau tahu tidak aku sayang betul dengan kakak ipar aku tu sampai aku doa Ya Allah tolonglah tetapkan hari abang aku tu jangan ada simpang mana-mana lagi, tolonglah buat dia setia dengan Seha tu , sebab Seha tu saja lah yang mampu terima segala kekurangan dia tu. Haish tolonglah jangan curang lagi wahai mohd ilham.

Kau tahu tidak aku sayang kau ni

Hey Mohd Ilham

Terima kasih sebab lahir dulu dari aku

Terima kasih sebab dulu selalu bagi aku pukul kau

Terima kasih sebab tolong marah budak yang ejek aku bila aku mengadu

Terima kasih sebab kau ada sama-sama kongsi air mata dengan aku

Terima kasih sebab bagi aku kakak ipar yang baik tu (tolonglah jaga dia baik-baik tolonglah)

Terima kasih sebab sayang semua adik-adik kita lebih dari kau sayang aku

Terima kasih sebab banyak bersusah sekarang ni

Tolong sabar sikit saja lagi. Aku janji nanti aku tolong.

Hey Mohd Ilham

Selamat Hari Lahir!

 

28515_120143344680039_100000531227065_194039_6231937_n

Bila musuh ketat dipaksa untuk berdamai buat beberapa saat. Nampak sangat ketidakikhlasan disana.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s