Berlalu lah sudah Ramadhan sebulan berpuasa~~~

Tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembira~~~

Gembira ke? Hehhhh

Gembira la bah…kan….hmmm…sikit….hakhakhak

Tidak bei…gembira banyak bei…kali…hahaha

Sayu kan mahu kasih tinggal ramadhan tu sebab rasa sikit sangat ibadat masa ramadhan ni. Tapi yang bestnya, puasa kita cukup sebulan tahu! Tiada cuti hakhakhak (bangga)

Bukanlah tidak gembira, tapi faham jugakan bila makin bertambah umur ni makin berkurang keโ€™excitedโ€™an mahu beraya tu. Sebab sibuk mahu prepare itu ini, buat ketupat, isi ketupat, cuci piring gelas, isi balang kuih raya, ulang alik pergi rumah makcik di sebelah hakhakhak.(ataupun hilang excited sebab tiada sudah yang mahu ditunggu datang setiap raya XD ) Masak belum lagi ya, belum layak lagi mahu masak XD masak kuah kacang saja itu pun terlupa kasih keluar. Petang sudah baru teringat heh.

Tapi betullah yang bestnya bila berjumpa saudara mara yang lama tidak jumpa tu. Bila bersalaman, berpelukkan tu rasa sayu saja hati. Bila nenek-nenek, mak cik-mak cik cakap besar sudah si ika aduhai rindunya masa kecil-kecil dulu XD

Sekarang ni makin lama makin kurang ahli keluarga. Ada yang sudah dijemput kembali kepada Allah, ada yang tidak dapat pulang sebab kerja jauh, ada yang beraya rumah keluarga belah suami/isteri. Jadi terasa kekurangan. Tapi ada juga yang sudah bertahun tidak pulang beraya sebab belajar jauh, tahun ni dapat pulang beraya ๐Ÿ™‚

Saya, tahun ni dengan tahun depan sajalah confirm masih beraya di rumah. Tahun selepas itu hmm…belum tahu hospital mana lagi tempat saya sambut raya TT

Pasal soalan-soalan panas yang selalu viral tu pulak….tiadalah…tiada pon soalan-soalan maut macam bila mahu kahwen tu. Sebenarnya yang viral tu perasan saja lebih, makcik-makcik ni tiada pon mahu tanya-tanya diorang macam tu hakhakhak. Paling pun diorang tanya, belajar di mana, cuti sampai bila, bila habis belajar. Alhamdulillah makcik-makcik saya semua sopan-sopan belaka jadi tiadanya soalan-soalan yang menyakitkan hati hohoho. Semua pun mendoakan yang baik-baik saja ๐Ÿ™‚

Bagi yang banyak kesempatan tu, salinglah ziarah menziarahi, masa raya ni sajalah masa yang kita ada untuk saling bertemu. Bila sudah kerja, belajar jauh nanti sudah tiada masa untuk berjumpa. Ambillah kesempatan ni. Kita bukan tahu umur kita ni sampai mana saja hadnya kan? Selagi ada kesempatan ni pergilah ๐Ÿ™‚

Alhamdulillah kita masih dapat meraihkan hari yang mulia ini di samping keluarga tersayang. Alhamdulillah umur kita masih dipanjangkan sampai ke saat ini. Alhamdulillah silaturahim yang ada masih erat.

Sempena hari mulia ini saya susun sempuluh jari memohon maaf atas segala silap salah, zahir dan batin.

Semoga kita masih dipertemukan dengan ramadhan dan syawal tahun hadapan in sya Allah ๐Ÿ™‚

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Assalamualaikum ๐Ÿ™‚

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s