img1499611324600

Assalamualaikum~~~

Yuhuuu~~~

Name tag biru kauuuuu~~~

Apa tandanya itu?? Tandanya sudah masuk Tahun 3 Semester 1 a.k.a Semester 5 a.k.a Final year!

Ish. Jangan happy betul tu please. Ingat sikit keberadaan diri itu di mana sekarang.

LAHAD DATU.

It’s 12.27am and I am 370km away from home.

‘Eleh…itu ja pon wahai cik pika yang sudah berumur 21 tahun’ XD

‘Masih dalam Sabah juga pun tu’

Iyalah walau masih dalam Sabah pon tapi ini pestime (first time) orang pergi sejauh ini dari rumah untuk tempoh 4 bulan tawuuuuu!

Walaupun sudah 21 tahun hidup, ini kali pertama menjejak kaki  dan menetap di tempat asing tanpa mama atau bapa di sisi tawuuuu!

Ini semua pertama kali! T_T

Selama ni dunia saya setakat KM-TUARAN-KK. Paling jauh pun pergi semenanjung dengan Indonesia itu pun sebab makan angin dan bersama dengan mum. Mana tidak meraung masa dapat tahu penempatan klinikal untuk semester lima ni dapat di Lahad Datu T_T

Sudah hampir 2 hari sampai sini pun masih belum percaya lagi kenyataan yang 4 bulan mendatang ni akan dihabiskan di sini.

Cakaplah saya anak manja, tidak kesah. Kenyataannya inilah perasaan anak yang tidak pernah kasih tinggal rumah jauh-jauh dan lama-lama. Jawapan sanggup bila kena hantar jauh dari tempat asal atau pedalaman masa temu duga dua tahun yang lalu tu semuanya dusta semata-mata. Mana sanggupnya tu? Teda…menangis lagi ada la XD

Macam manalah saya tengok budak-budak lain tu boleh relaks saja masa dapat tawaran jauh-jauh ke seberang laut lepas habis SPM tu ah? Ada yang excited lagi lupa diri. Saya ni yang cukup umur untuk mengundi sudah pun masih lagi meleleh-leleh air mata. How could you guys be so strong adik-adik?

Tapinya….

Walau jauh begini pun, walau sedih macam mana pun, walau masih tidak dapat terima kenyataan pun, masih ada kesyukuran yang terselit dalam hati.

Terasa Allah terlalu pemurah dengan kasih sayang NYA.

Kenapa?

Sebelum tu mahu pesan dengan bakal-bakal PPPP Semester 5 KSKB KK,

Bila dapat tahu penempatan klinikal kamu nanti di LD kamu boleh meraung, menangis sekejap. Tapi pastikan lepas tu kamu bersyukur.

Kenapa?

Tahu tidak Hospital Lahad Datu ini salah satu tempat klinikal yang terbaik di Sabah? Yup! It is. Berdasarkan cerita senior dan pengajar, HLDU ni lah kita akan dapat banyak belajar dan pengalaman. Sebab di sini kita selalu diberi peluang untuk buat dan belajar banyak benda yang kalau di hospital lain kita tidak dapat buat.

Tapi itu senior yang cakaplah, kami belum merasa lagi. Baru esok mahu start. Nanti lepas sebulan di Jabatan Kecemasan tu kita cerita balik hakhakhak.

Tapi berdasarkan cerita-cerita diorang tu memang HLDU tempat yang baik untuk belajar dan tidak banyak masalah yang timbul.

Jangan ingat hospital-hospital besar macam di KK tu tempat yang paling bagus untuk belajar masa student ini ya wahai adik-adik. Tempat sibuk dan crowded macam itulah lagi susah mahu belajar dan kurang peluang walaupun kes ada banyak. Berdasarkan cerita senior dan pengajar-pengajar juga, kadang tu kamu langsung tidak boleh buat prosedur dan hanya mampu jadi drip stand saja. Sebab tempat tu sibuk dan tiada yang dapat selia kamu so untuk mengelakkan sebarang kesalahan atau kecuaian perubatan it is better to prohibit you to do anything.

Jadi bila dapat di hospital yang bagus untuk belajar macam LHDU ni bersyukurlah walaupun jauh dari rumah tapi itu untuk kebaikkan sendiri juga kan? (pesannya untuk memujuk diri sendiri)

Tidak apalah sedih sekejap masa dapat tahu tu, tapi lepas tu cubalah untuk count your blessing pula bila dapat tempat yang dipuji-puji oleh senior. Senior jarang tipu tau, bila diorang cakap tempat klinikal tu bagus means bagus laitu. Kalau tidak memang macam neraka laitu hakhakhak

Lagi pun cik pika, sampai bila mahu duduk dekat dengan rumah saja? Macam katak bawa tempurung. Inilah masa mahu pergi tempat orang kan? Inilah masa untuk biasakan diri pergi jauh dari rumah kan? Apa kau ingat nanti bila kerja kau akan dapat dekat hospital Tuaran tu? (itu hospital paling dekat dengan rumah plus ada doktor hensem hakhak!). Jangan mimpilah ui…paling dekat pun akan dapat di Sarawak nun kalau tidak di seberang laut sana. Masa tu takkan masih mau menangis-nangis kan. Memang buruk betul perangai =.=

Anggap saja ini jawapan untuk doa-doa kita.

Doa yang meminta

“Beri aku dan rakan-rakan ku kekuatan untuk menghadapi perjalanan menuntut ilmu kami”

Jadi Allah beri kejauhan ini supaya kita belajar menjadi kuat berdepan dengan ujian tanpa keluarga di sisi. Hanya ada kawan-kawan yang bakal membantu.

“Permudahkanlah segala urusan kami sepanjang kami menjalankan klinikal kami agar dapat kami menyelesaikan segala tugasanyang diberikan kepada kami dan agar dapat kami memperolehi ilmu yang bermanfaat di dunia dan di akhirat”

Jadi Allah beri tempat yang baik ini, yang bakal memudahkan segala proses pembelajaran tanpa banyak halangan malah mendapat lebih lagi peluang untuk belajar pekara yang mungkin tidak dapat dipelajari di tempat lain. Walaupun tempat ini jauh dari rumah.

“terangi hati kami, kuatkanlah akal fikiran kami dan cerdaskanlah minda kami agar dapat kami memahami dan mengingati segala ilmu yang telah kami pelajari dan dapat mengamalkannya di jalan yang benar”

Jadi Allah sampaikan kita ke sini untuk bertemu dengan orang-orang yang baik, yang bakal mengajar kita pelbagai ilmu yang bermanfaat. In sya Allah. Semuanya In sya Allah.

Hari tu terfikir juga, kenapa anggap ini sebagai satu musibah padahal sebenarnya ini satu rahmat?

Memang manusia lambat menyedari setiap kebaikkan di sebalik takdir kan?

Tapi masih belum terlambat untuk ucap syukur J

Ya…ya…saya bersyukur lah ni kena hantar sejauh ini untuk menimbah ilmu XD

Terima kasih ya Puan Mas hehehe

Bersyukur juga sebab kali ni geng karas masih dapat tempat klinikal yang sama. Dapat juga buat roomate hakhakhak.

Syukur sebab tiap kali pergi klinikal memang dapat tempat yang bagus-bagus belaka, tiada masalah.

Sem lalu Hospital Tuaran staff dia memang terbaik. Senang minta ajar walaupun banyak prosedur yang tidak ada dan kes pun tiada yang luar biasa sebab hospital daerah saja. Dan dekat la pula mahu hantar pergi HQE dengan HQE2. Jadi kalau ada apa-apa kes berat memang naik ambulans teruslah.

Klinik Kesihatan Tenghilan lagi lah terbaik. Dengan doktor yang one in a million yang sangat pemurah dengan ilmu dia, dengan sister yang comel dan baik, dengan kakak-kakak SN dan JM yang baik aduh semualah bah terbaik!

Hospital Mesra Bukit Padang? Hmp nda payah lah cerita lagi. Tunggu masuk sana sendiri hahahaha enjoy dengan pesakit saja lebih XD

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” (QS Ar-Rahman : 13)

Syukur Alhamdulillah, Terima Kasih Allah untuk setiap semuanya 🙂

Saya doakan

Semoga kita semua sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah berikan

Semoga kita sentiasa mendapat yang terbaik dari Allah dan Allah maha mengetahui setiap apa yang terbaik untuk hamba NYA

Semoga kita baik-baik saja, sentiasa di bawa lindungan Allah di mana pun kita berada

Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh NYA

Semoga ilmu yang kita perolehi bermanfaat di dunia dan akhirat

In sya Allah 🙂

Wahai cik pika dan rakan-rakan PPP Julai 2015,

ALLAH yuftah alaikum

Assalamualaikum

IMG-20170708-WA0004

P/S : aish budak ni lagi, sem lalu ikut p tuaran, sem ni dia ikut p LD pulakkk. Sem depan saya p Sandakan mau ikut nda Pija? hakhakhak XD

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s