Hari Baru Tempat Baru Pengalaman Baru Kenangan Baru+Lama eh.

Assalamualaikum~~~

Horra horray for a brand new day (kenapakah bersemangat tiba-tiba XD )

Tedalah…saja mahu kasih senang hati sendiri sebab masuk penempatan klinikal baru kan. Ya baru hari kedua di Klinik Kesihatan Tenggilan. Sudahlah terpaksa tinggal di rumah pelatih belakang klinik sebab jauh sikit mahu ulang-alik dari rumah. Penat mahu membiasakan diri tu belum hilang lagi. Inilah yang paling tidak best bila masuk penempatan klinikal baru. Mahu ambil masa untuk menyesuaikan diri bukan saja dengan staff tapi dengan tugas harian (apa yang kau mahu buat seharian suntuk tu supaya tidak nampak macam drip stand saja berdiri-berdiri sana) termasuklah setting klinik sekali.

Macam ni jugalah bah masa mula-mula masuk Hospital Tuaran dulu. Dia punya penat tu bukan penat fizikal tapi penat mental mahu menyesuaikan diri tu. Tapi…once kau sudah selesa gila dengan semua nah…masa mahu habis sudah tu klinikal sanalah terasa segala sedih, sebak, rindu, terharu semua ada. Rasa macam tidak mahu sudah kasih tinggal tu tempat. Harap-harap di sini pun begitu lah nanti XD

Tengoklah masih lagi cakap pasal Hospital Tuaran. Tanda rindu tidak habis lagi lah tu XD (mahu kasih sedap hati bah…semalam rumah kena ketuk oleh stranger. Habis semua empat-empat housemate ketakutan sampai hilang ngantuk tu)

Lupakan pasal malam tadi mari sambung pasal hari ni.

Hari ni aku dapat ikut pergi Program Kesihatan Sekolah di S.K Saradan, Tenggilan. Agak dalam jugalah mahu masuk sekolah tu. Sekolah kecil saja. Murid tahun 1 tadi pun ada 10 orang saja.

Pergi dengan sorang doktor, sorang kakak staff nurse, sorang kakak JM dan sorang pakcik driver. Hari ni pergi sana untuk buat pemeriksaan fizikal murid tahun 1 dan tahun 6 dengan bagi suntikan imunisasi dekat murid tahun 1. Hakhakhak. Memang. Memang inilah saatnya paling menakutkan masa tahun satu. Aku ingat lagi. Once kau nampak saja kakak dengan seragam putih datang sekolah masa tu, itulah detik paling ngeri dalam hidup kau. Antara dua saja tu, sama ada kau kena jarum atau kau kena cabut gigi. Dan kedua-duanya pun sama menyakitkan XD

Hari ni ikut sekadar untuk pemerhatian dan bantu sikit-sikit saja. First time kan. Padahal kemarin yakin ni minta dengan sister untuk buat pendidikan kesihatan depan murid-murid. Tapi bila kakak staff nurse tu tanya sebelum jalan tiba-tiba berubah fikiran pula. Tidak berani johhh…sudahlah doktor yang banyak tanya ada ikut sekali. Memang bunuh dirilah kan pergi bagi talk tanpa persediaan.

Tapi memang kira tadi hampir bunuh diri jugalah. Ikut dengan otak separuh kosong. Sudah tahu mahu pergi program kesihatan sekolah tapi langsung tidak baca apa-apa semalam. Nah…terkulat-kulat bah bila kena tembak oleh doktor dengan soalan bertalu-talu.

Doktor di klinik kali ni memang jenis yang suka betul mengajar dan bertanya. Memang kau jadi perhatianlah. Tahap dia punya suka bertanya tu kan sampai masa aku lepas buat prosedur masukkan suppositories paracetamol pun kan dia boleh tanya

“hah syafiqah, macam mana nak masukkan suppositories PCM”

Seriously doctor? Macam mana? Just masukkan saja la bahhhh T_T tidak pula aku tahu perlu teknik khas lagi *jeling*

Ok, itu soalan dia last untuk hari ini. Sebelum itu dia ada baaaaaaaaanyak lagi soalan

Yang pertama bermula apabila kami hendak memasang Snellen Chart (ala yang untuk test mata sama ada rabun atau tidak tu)

Soalan pertama bermula

Doktor : ok apa ni? *sambil bagi tengok snellen chart*

Me : snellen chart *jawab dengan yakinlah kan haktui*

Doktor : pernah buat snellen chart?

*angguk*

*doktor ambil measuring tape mahu mula ukur jarak*

Doktor : ok berapa jarak snellen chart dengan tempat nak kena berdiri? *lebih kurang macam tu lah soalan dia. Tidak berapa ingat ayat penuh*

Me : 6 kaki *ok yang ini kurang yakin*

Doktor : hah? Betul 6 kaki? *dengan muka terkejut*

Me : ehhh silap! 6 meter! *cover sikit. Mula sudah nervous tu*

Lepas tu dia tanyalah pasal mana mahu lekat tu snellen chart. Pada ketinggian yang macam mana. Memang tercengang-cengang jugalah mula-mula tu. (Iyalah dulu masa sir Baidi ajar bukan mahu tanya semua ni kan. Sibuk menganyam mimpi saja di belakang tu XD ) Nasib dapat jawab. Itupun setelah blank seketika. Ok jawapan dia pada paras mata. Ikutlah paras mata siapa yang kita mahu periksa. Kalau budak-budak tahun satu tu lekatlah rendah sikit kan. Habis tu dia tunjuk pula E chart. Tanya itu untuk apa. Jawablah itu untuk yang tidak kenal huruf. Doktor tanya lagi macam mana mahu suruh dia baca. Aku tunjuk lah jari kan buat bentuk W tu. Geleng kepala sajalah doktor tu hahaha lepas tu baru dia keluarkan satu cardbord yang sudah kena gunting bentuk E.

“guna ni lah” katanyaaa

Lepas tu tanya pula pasal macam mana mahu baca snellen chart. Ok ini aku dapat. Senang kan hakhakhak. Lepas tu tanya pula macam mana mahu record. Ok yang ini jawapan terbalik sekejap tapi sudah dibetulkan doktor. Mula-mula tu jawab 6/6. 6 yang di atas tu untuk saiz font dan 6 yang di bawah tu untuk jarak tempat berdiri. Ok disana aku silap hakhakhak. Yang betulnya 6 di atas tu untuk jarak dan 6 di bawah tu untuk saiz font.

Soalan seterusnya doktor tanya macam mana kalau murid tu tidak nampak huruf paling atas, means huruf yang paling besar. Ok disini aku blank. Lama. Aku jawablah refer dekat doktor mata. Doktor mahu lagi jawapan lain. Sebelum refer mahu buat apa lagi dia tanya. Memang masa tu tidak terfikir lah kan. Last-last geleng kepala saja dan doktor pun suruhlah pergi baca pasal snellen chart malam ni hakhakhak

Habis pasal snellen chart. Masuk imunisasi pula…

Masa ni doktor tanya tahun satu bagi imunisasi apa. Laju saja saya jawab BCG. Memang terkejut sekejaplah doktorkan. Dan aku tahulah yang aku sudah salah jawab. Dia tanya balik

Dr : BCG bagi masa bila sebenarnya?

Me : selepas lahir *yakin-yakin tidak ja menjawab tu*

Dr : ok selepas lahir apa imunisasi yang kite nak bagi eh…saye dah bagi jawapan dah! Ye lah selepas lahir kite nak bagi BGC kat bayi kan

Bersykur sekejap sebab soalan sama XD

Tapi…belum terlepas. Dia tanya lagi apa mahu bagi dengan budak tahun satu hari ni. Memang tidak la bah terjawabkan. Last-last dia suruh tanya staff nurse. Sudahlah staff nurse tu jenis yang tidak berapa mahu mesra alam. Jadi aku pun datanglah dekat staff nurse, intai sikit dekat buku rekod kesihatan murid apa vaksin yang mahu bagi hari ni. Ternampak sudah vaksin difteria dan tetanus sana kan tapi mlut tu masih gatal lagi mahu menanya. Sampai staff nurse tu sound sikit

“kau nampak sudah saya tanda apa sana, itu lah bah tu” sambil diberi jelingan sedikit. Ketawa sumbang sajalah bah yang aku mampukan.

Pergilah balik dekat doktor dengan jawapan tersebut. Dan sekali lagi disuruh baca pasal imunisasi.

“ok balik nanti satu baca pasal snellen chat, dua baca pasal imunisasi…hmmm…cukuplah dua tu dulu untuk hari ni” maknanya akan datang akan ada lagi.

Habis pasal tu, kakak staff nurse suruh jadi tukang tunjuk carta snellen untuk budak tahun 6. Ok ini kacang saja, kacang tanah XD

Habis tunjuk untuk tahun 6, kakak tu suruh ikut doktor buat pemeriksaan fizikal untuk tahu 1 pula. Bermulalah sesi soal jawab seterusnya. Bermula dari kepala sampailah kaki, doktor tanya mahu periksa apa. Memang ada part yang tergagap-gagap jugalah kan walaupun sebenarnya tahu saja jawapan tu tapi sebab nervous dan kurang yakin habis hilang segala yang dibelajar sebelum ni tu.

Ok kita start periksa dari kepala ya :

  1. Kepala

– periksa rambut kalau ada kutu

– periksa mata, tarik kelopak mata bawa sikit untuk tengok warna. Ada tiga warna abnormal : putih, kuning, merah. Putih atau pucat tandanya dia ada anemia. Kuning dia ada jaundis. Merah ada jangkitan iaitu konjunktivitis.

– periksa mulut. Tengok lidah pucat atau tidak. Tengok kebersihan oral dia, gigi dia, bibir pucat atau tidak.

  1. Leher

– periksa lymp node dan thyroid

  1. Spinal bone

– periksa kalau ada scoliosis (spine dia bengkok) tapi sebelum tu inspek bahu dia dulu sama ada normal atau senget sebab scoliosis boleh menyebabkan bahu senget sebelah

  1. auskultasi jantung dan paru-paru
  2. Tangan

– periksa kuku : kebersihan kuku dan warna kuku pucat atau tidak.

– periksa nadi untuk kadar denyutan nadi, kekuatan nadi dan rhytm nadi

  1. Testis

Yang ni lucu sikit XD ya lah budak tahun 1 pun tahu malu sudah bah. Doktor oklah lelaki, aku ni perempuan. Kena periksa depan aku pula tu. Manalah aku dapat tahan senyum tu kan. Budak first tu ingat dia mahu kena buka seluar. Dia tahan sekejap. Rupanya doktor tidaklah buka juga, dia masukkan tangan saja dalam seluar budak tu hahahah

-ok periksa testis untuk kesan ada undescendend testis atau hernia.

Okayyy tamat pemeriksaan fizikal dan tamat jugalah sesi soal jawab bersama doktor. Lega gila hahaha

Lepas buat pemeriksaan fizikal tibalah masa yang dinanti-nanti. JARUM!! Hakhakhak

Budak-budak ni comel tahu. Ada yang takut tapi tunjuk berani. Ada yang takut dan memang tunjuk takut dia tu. Calon pertama lagi sudah mula takut, tidak mahu. Budak lelaki tu. Ok doktor kata tidak apa, bagi dia last. Nasib baik 9 orang selepas itu ok saja semua. Perempuan pun ok saja. Ada sorang saja takut sikit, tapi bagi dia pegang tangan aku lepas tu ok sudah.

Habis yang 9 orang tu tiba masa untuk yang tidak mahu tadi tu. Memang meraunglah kan budak tu sampai doktor terpaksa turun padang. Padahal tadi kakak SN dan JM saja yang suntik tu. (ya aku masih belum dibagi menyuntik XD ) doktor terpaksa tangkap dan peluk budak tu sebab dia sudah meraung mahu lari. Suntikan pertama ok doktor peluk dia sorang. Ingatkan bila sudah dapat suntikan pertama ok lah untuk suntikan kedua. Tambah nangis pula…terpaksa tolong doktor pegang lagi tangan dia dan barulah selesai. Tapi jangan risau dik, normallah tu menangis masa kena jarum. Kakak dulu pun masa kena jarum tahun 1 meraung juga. Sesak SN tu kakak peluk dulu masa kena jarum dik hakhakhak. Habis saja kena jarum terus cikgu bagi apollo dekat budak tu hahaha rasanya dalam hati murid lain kalau tahu kena bagi apollo diorang pun nangis masa kena jarum tadi XD

Lepas habis bagi imunisasi panggil pula budak pra sekolah untuk cek kebersihan diri. Standardlah cek kutu dan kuku. Lepas tu kakak SN bagi pendidikan kesihatan pasal penjagaan kebersihan diri dan ubat cacing. Memang responsivelah kan budak-budak ni. Tanya sekali berrulang-ulang jawapan.

Habis pendidikan kesihatan untuk pra sekolah, habislah lawatan ke sekolah kali ini.

Sampai masa pulang pergi klinik. Masa pulang tu sama-sama keluar dengan budak-budak tadika ni. Diorang biasalah kan pulang dalam barisan macam kereta api tu XD Tapi yang nda tahan tu, bila diorang lalu depan aku kan siap boleh lambai sambil cakap “bye doktor” matilanakkkk kakak bukan doktor dik! XD terpaksa cakap “eh bukan..kakak bukan doktor. Tu baru doktor” sambil tunjuk doktor di belakang diorang. Tapi memang tidak kena peduli lah kan. Tetap juga diorang lambai sambil panggil aku doktor. Jauhnya lah lagi kakak mahu pergi gelaran doktor tu dik. Entah dapat entah tidak XD (boleh kakak minta itu jadi doa kah tu walaupun sedar diri malas belajar XD )

Itulah antara pengalaman hari ini…walaupun kelam kabut recall balik semua yang diajar di kelas bila doktor tanya macam-macam tadi tapi bibir tu tidak berhenti senyum bila tengok budak-budak ni. Teringat perangai masa keciil dulu. Serupa! Hahaha

Dan masa ini jugalah baru sedar, ceteknya ilmu. Mana pergi semua teori yang kena ajar di kelas dulu? Memang tertinggal di dewan peperiksaan la kan T_T patut ada kesedaran sudah wahai cik pika. Belajar untuk aplikasi, bukan untuk exam saja cik pika oiii. Sila insaf ya selepas ini.

Apa pun alhamdulillah hari ni banyak pekara baru kita belajar dan syukur masih sedar yang diri penuh kekurangan.

Dan untuk kamu….ya…kamu yang sedang membaca ini….

Aku doakan yang baik-baik untuk kamu ya. Semoga kita semua sentiasa sedar bahawa ilmu itu tidak pernah cukup dan perlu sentiasa dicari. Semoga kita perolehi ilmu yang bermanfaat untuk di dunia dan di akhirat J

Assalamualaikum~~~~