Petang kemarin, sedang kemas-kemas red zone ni lepas hantar patient naik wad tetiba

“tolong! Tolong anak saya! Ya Allah fatih! Bangun nak! Tolong anak saya!”

Ada sorang lelaki berlari masuk sambil dukung anak dia yang masih baby dari laluan belakang EDT, yang untuk staff sahaja. Semua terpaku kejap sebelum sambut anak dia then terus bawa pergi red zone. Red alert bunyi 3 kali. Dari jauh tadi memang nampak anak dia cyanosis sudah (muka biru pucat).

Baby with no pulse and no breathing. CPR serta merta. Prepare for intubation. Hampir semua MO and HO berkumpul. Kebetulan specialist pun ada masa tu. Kau mau menyelit dalam tu pun nda dapat. Tengok dari belakang saja lah. Berjaya intubate tapi belum dapat pulse baby. Continue CPR. I’m not sure they get the pulse or not but they shock the baby using defibrilator once or twice, I’m not so sure. Tapi tidak lama lepas tu mula CPR balik. After 4o minutes the specialist ordered to stop the CPR. Nothing can be done anymore. Allah sayangkan baby tu. Can’t save him this time.

Panggil both parents. And of course the mother burst with tears. Everyone also seem down. This wasn’t the first time we face death on table. Tapi this one is too young.

History taking from parents, 3 month old baby boy, fetch from nursery. Not sure how the condition masa ambil tu sebab tidak sempat baca case note and tidak berapa dengar masa bapa dia bagi history tu. Yang sempat dengar, masa hantar dan sehari sebelum tu anak dia tiada sakit apa-apa, macam biasa saja. Bila ambil dari hari kejadian saja baru jadi macam tu.

Tapi masa dia bawa masuk pergi ETD tu memang no breathing, no pulse sudah. Nampak dari jauh pun muka baby tu memang biru sudah. Kira brought in death (BID) la.

Impression awal specialist was aspiration pneumonia which can cause by chocking while bottle feeding. Tapi belum boleh pastikan sebab untuk sahkan diagnosis perlu buat postmortem which is refused by the parents sebab kesian dengan jenazah anak. But from the appearence and history taking from parents that was the nearest impression that can be done. Dan berdasarkan kes-kes terdahulu, memang itu yang selalu terjadi.

Boleh bayang tidak perasaan ibu bapa dia. Pagi hantar anak pergi nursery, anak sihat walafiat. Tengah hari tidak sabar mahu ambil anak, tengok muka anak, main dengan anak tapi ends up dengan keadaan anak macam tu dan bila bawa pergi hospital sudah tidak dapat diselamatkan. Ya Allah hancurnya la bah hati tu kan. Sudahlah tu terdengar lagi ibu baby tu meraung “kenapa kasih tinggal ibu nak??? 5 tahun ibu tunggu fatih nak!!!” aduhai sebak.

Jadi ibu bapa sekalian, untuk anak-anak anda yang sangat berharga itu, kalau mahu hantar ke mana-mana nursery try lah cari yang terbaik, yang diyakini dan dipercayai. Lagi-lagi kalau yang masih baby tu, yang satu tahun ke bawah. Kalau boleh, janganlah hantar pergi nursery dulu. Carilah orang yang boleh kita percaya, lebih baik keluarga sendiri untuk jaga anak-anak. Sekurang-kurangnya kalau diorang jaga anak kita seorang diorang lebih fokus dan tidak terabai. Kalau hantar pergi nursery kan banyak yang diorang kena jaga jadi mesti ada yang akan tidak sengaja terlepas pandang.

Ya, itu memang sudah ajal baby tu, apa yang terjadi di nursery tu Cuma asbab saja. Tapi sekurang-kurangnya nanti kita tidak ralat, tidak terkilan bila benda tu terjadi sebab kita sudah cuba sediakan yang terbaik untuk anak kita.

Serius bila tengok saja jenazah baby tu terus kepala teringat princess-princess 3 orang dengan baby shark sorang di rumah. Terus hati pun risau. Lagi-lagi baby shark tu mama hantar pergi taska sudah. Mampu berdoa saja supaya adik-adik kesayang saya tu sentiasa dilindungi.

Kesian betul dengan parents baby tu tadi. Tapi sekurang-kurangnya baby tu sudah terjamin tempatnya di syurga nanti dan in sya Allah dia akan jadi tiket juga untuk ibu bapa dia masuk syurga. Semoga kenyataan ini dapat pujuk hati ibu bapa dia. Semoga Allah kuatkan ibu bapa dan keluarga baby tu untuk redha dengan kehilangan dia. Semoga kehilangan ini diganti dengan yang baru nanti. In sya Allah.

Al-Fatihah.

3 thoughts on “Poor Little Baby

Leave a comment